Jom Buat Duit!!!!

Friday, 8 September 2017

Pengalaman Bersalin Secara Ceaser Di SALAM SPECIALIST MEDICAL CENTRE

Salam Sayang..

Lama tak bersiaran dekat blog ni. Sibuk dengan routine harian + anak dah 2 org ni. Tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Nak cerita sikit pengalaman bersalin untuk anak yang ke dua ni. Kali ni Elektif Ceaser. Pada awal kehamilan memang semua berjalan lancar. Alahan biasa2 tu tu adalah. Kehamilan berjalan lancar selama 36 minggu. Cuma mengandung kali ni, selalu sgt sakit dekat bawah ari-ari lagi2 bila masa tidur. Paling rasa sakit, bila nak bangun dari baring. 

8 April 2017 (Sabtu)

Check up untuk 36 minggu detect baby tak engaged. Still pusing2 lagi. Hai la anak aktif sungguh tak mahu duduk diam. Even doktor cuba pusing and tak sampai seminit baby pusing balik. Doktor dah risau tak boleh bersalin normal. Then Doktor nak try cek bukaan, sebab mase 36 minggu ni dah rasa sakit2. End up takde bukaan pon. Sakit adalah siap ada darah lagi.

Then doktor bagi option, sekiranya next week check up ( 37 Minggu ) still baby tak mahu pusing, potensi untuk ceaser tinggi. Doktor bagi tempoh lagi tunggu sampai 38-39 Minggu. Tapi mengandung kali ni rasa mcm sakit sgt, jadi decide nak beranak awal pun takpe if condition mengizinkan. Tapi doktor advise jgn terburu2, dia bagi masa untuk fikir. Mase Kandungan 36 Minggu doktor estimated berat baby dah 3.0kg. So, supposedly ok klu nak deliver but better tunggu 37 Minggu (9 bulan).

Check Contraction - Ade dah sikit..Ptotlah perut asyik mengeras je..

***********
Sepanjang tempoh nak tunggu next check up, dah mula discuss dengan husband. Husband ok je dengan keputusan wife dia. Tetiba rasa sebak je nak beranak ni. Then i decided nak elektif ceaser sbb tak nak risiko-Actually takut.. Hihihi.. Sebab doktor inform boleh nak try dlu normal, but in case baby tak pusing (engaged) terpaksa emergency ceaser. So, sbb takut terus decided beranak Elektif Ceaser. So, dah tekad next appointment nak ckp dgn doktor. Doktor!! Saya nak bedah. Hihihi

15 April 2017 (Sabtu)

Masa yang ditunggu telah tiba. Doktor try scan lagi dengan harapan baby engaged. Tapi condition masih sama. Masih diawang-awangan. Doktor bagi masa lagi 1-2 weeks untuk cek dgn harapan baby akan engaged. Aku refused, sbb dah tahan nak tanggung dah. Risau, sakit semua ada. Tak sabar nak bersalin. Then after discuss, doc bg choice date. Then we choose 17 April 2017 (Monday)-Ngam2 kandungan 37 Minggu.

Doktor pun prepare doc, booking bilik and notify bilik bedah. Aku akan dibedah 17/4 pukul 12.30PM. Still rasa mcm tak percaya masa ni. For info, baby first beranak normal. So, tahap neves adalah tinggi sgt. Sebab kita dah tahu date bedah & beranak.. OMG!!!

Petang after check up terus balik kampung. Nak hantar Sofea Ros. Mintak tolong nenek jagakan sekejap. Alhamdulillah dia behave. Rindu sgt mase die dekat kg. Ini first time kami berpisah jauh and tak tidur malam sama. Selalu berpisah masa hantar die pergi taska je. Petang dah boleh jumpa balik. 

17 April 2017 (Isnin)

Pagi2 dah ready. Mlm tu mmg tak boleh tidur pon. Takut + rindu Sofea Ros. Pagi tu dah kena puasa. last makan pkl 5 pagi. Mak mertua & Pak mertua semua teman dekat SALAM Specialist . Mak dekat kampung tak dpt join sebab jaga Sofea Ros. Datang je SALAM pagi tu terus check in bilik and ready ke labor room for preparation. Mase tu dlm pkl 10:30 pagi.

Kaki tak jejak lantai dah masa tu.. Nervous kemain. Dalam labour room nurse cek lagi jalan, nak make sure baby mmg tak engaged. And yes still tak engaged. Senget sikit dari jalan keluar :) . So, mmg confirm baby akan keluar ikot tingkat. Redha janji baby and mommy selamat. Kena pasang tiub kencing, bagi ubat berak, tukar baju dan lain2..

Nervous!!!!

Sepanjang operation suami ade disisi, walaupun nmpk muka die mcm takut2 tapi still bertahan sampai habis. Thanks suami. Semua team dlm bilik bedah sempoi2 je, borak2 mcm biasa aku pulak yang terlebey takut. Lepas je doktor inform "Nuraina, saya dah belah perut ya..terus BP naik..Bip Bip laju giler.. Hahhaha.. Doc soh rileks, borak2 dgn suami then bru ok. Masa die potong tu tak terasa. Cuma rasa bdn goyang2, perut kena tolak2 and then xsampai 10 mnt, dengar suara baby. Keluar2 terus pancutttt.. Kencing weiii.. Hhahhaha.. The best moment ever. Baby and suami keluar dlu buat apa2 yang patut. Azan and yang perlulah. Aku plak still tunggu lagi, doc nak tutup perut.. Hahhaha..

Lepas settle, dorg bg mcm tempat pemanas bwh selimut sbb lepas operate bdn ko mcm menggigil, sejuk lain mcm.. So, bila ade pemanas ni, rasa lega je.. Sampai tertidur. Satu jam gak lah aku rest & tido. Then after 2 hours barulah dorg hantar dekat wad.

Mase sampai dekat wad, suami and mertua dah tunggu. Baby dekat nursery. Dorang akan tolong jagakan and cek tahap kesihatan baby. The whole day, baby dekat nursery sbb aku mmg tak leh bangun lagi. Malam pulak aku dah try minum air sikit. End up muntah byk giler, maybe effect ubat. Kaki rasa kebas lagi, mmg tak leh jalan.

18 April 2017 (Selasa)

Pagi2 nurse dah datang tolong tukar pad, Bukak tiub air kencing, and soh aku berdiri dan mandi mcm biasa. Mula2 nak bangun tu takut wei, takut jahitan perut tercabut. Tapi nurse ckp dont worry. So, aku pon bangunlah sambil dibantu suami. Bangun and jalan ke toilet settle.

Sampai toilet pulak, problem lain dtg. Aku takut nak mandi.. Hahhaha.. Walaupun dekat area bedah dah kena tampal. Fikir bukan2, takot air masuklah.. Pedihlah.. Hahhaha.. Lagi sekali nurse beritahu.. puan jgn risau.. Air tak tembus punya dekat tampalan tu.. So, aku pon dgn yakinlah mandi. Wahhh.. fresh giler dpt mandi hot water. Badan rasa segar je. Mula berpantang dah masa ni then ambik baby..

Ni muka First Day.. Semalam jumpa kejup je.. Sbb tak larat

Name: Muhammad Aali Bin Muhammad Ashraf Amir - 3.20KG
Start breastfeed Aali dah.. First day je terkilan tak dpt breastfeed sbb tak boleh bangun.. Plus tak larat.. Lain rasa beranak normal & ceaser ni.. Hihihi.. But Syukur Alhamdulillah.. Allah bagi rasa dua pengalaman.

19 April 2017 (Rabu)

Harini dah boleh balik rumah. Before doc decide boleh balik, pagi2 lagi nurse cek urine, dah berak belum, pening2 tak, rasa sesak nafas tak.. To make sure we in good condition to discharge. Time ni tak fikir apa dah. Fikir balik nak jumpa Sofea Ros je. Rindu dia Allah je yang tahu. Kalah rasa rindu dengan suami.. Hihihi..

Tu jela pengalaman aku kali pertama bersalin ceaser. Next entry aku share pulak cara berpantang ye. Kepada sesiapa yang akan bersalin ceaser, Jgn takot sgt. Everything will be fine. Normal ke Ceaser ke nikmat die tetap sama. Takde beza. Tak payah down sgt with negative2 disekeliling. Yang penting diri kita.

Untuk sesiapa yang nak info pasal ceaser di SALAM MEDICAL CENTRE, SEK 19, ni aku bagi info sikit.

Gynae aku : DR AZWA
Charge bersalin ceaser : Overall termasuk room, nursery about RM7K+++

Overall aku mmg puas hati dengan facilitiy dorang walaupun hospital taklah besar. Tapi puas hati.

Ceaser ni takdelah teruk sgt mcm yang diperkatakan. Just be positive!!!!! Enjoy the moment..

Gambar terbaru Aali - 4.5 Months


Salam Sayang,
Aina Ma'at

Friday, 24 February 2017

GULA Cakery, Kota Kemuning Shah Alam

Salam Jumaat..

Hari yang penuh barakah dan hari yang paling seronok bagi yang bekerja sebab esok dah weekend.. Yay!!!

Dah lama rasanya tak share tempat makan yang best kan? Al maklumlah semenjak pregnant ni aku malas sgt nak keluar lunch. Selalu lepak je dekat office dan tapau siap2. Kalau rajin sikit bawak bekal. Cewahhh..

Aku nak cerita pasal "GULA Cakery" ni. Die ni ala2 cafe hipster tapi family konsep. Kebetulan dekat dengan opis, so today aku decide nak try la makan sane. 10 minit je dari office. Korang boleh tengok dekat IG die. Bukak je "GULA Cakery" - view IG je dah rasa lapar.. Hihi.. Bawah ni aku tepek IG die.

Details semua ade tulis dekat description IG

Bila sampai dekat GULA Cakery ni, korang jgn confuse sebab kedai ni ade 2 tingkat. Ground Floor tu tempat class bakery die. Korang kena pg tingkat 1. Tingkat satu ade cafe die. Naik tangga sikit je, jgn malas. Sila exercise sebelum mencekik!!

Depan pintu masuk - Level 1

Naik level 1 ade nampak banner & poster ni depan pintu kedai. Mase mula2 try makan dekat sini, ingatkan kedai baru and mesti tak ramai orang. But silap, tgok banner ni pon tahu GULA Cakery ni mmg dah famous.. Pernah masuk TV3, Harian Metro DLL.

Masuk je kedai, layanan mmg best. Owner ramah, staff semua senyum je. Tempat nampak simple but selesa.

Alahai terliur pulak tgok cupcake ni..

Konsep sini choose menu dan bayar dekat kaunter. After bayar, barulah order korang dorang prepare. Ala2 mcm fast food konsep jgk. Mudah kan? Byk dah cafe buat mcmni.

Decoration table - simple

Surau disediakan ya.. 

Dalam cafe ni ade 2 area, if korang tgok gambar dekat atas, yang ade carpet hijau tu, kena bukak kasut. Kasut2 kena susun la elok2 dekat rak disediakan. Then yang paling best, ade tempat main anak2. So, parent boleh makan dengan tenang.. Hihi..


Ala2 mini playground..

Beratur nak order & pay - Cuci mate dlu tgok dessert..

Double Chocolate Nuttella cake!!

Kalau korang makan sini, aku suggest please la order double chocolate nutella ni.. Confirm tak menyesal. Rasa coklat nutella  dia mmg gempak!! satu slice ni tak cukup rasanya.. Next time nak order sebijik terus bawak balik rumah.


Alamak wei.. bila teringat air ni rasa lega je tekak ni. Baby dlm perut pon tendang2 sebab fresh sgt rasanya. Minum time cuaca panas2, memang terbaik lah.. yang ni Watermelon Lychee Sparker!!! Next time nak order lagi.. 2 Gelas please.. Hehhehe..

Spaghetti Meatball  


Spaghetti ni pon aku suggest jugak. Meatball homemade ya. Memang terbaik. Nampak mcm sikit tapi trust me korang akan kenyang. Puas hati. Aku and wahidah makan menu yang sama. 


Spaghetti Carbonara - Pun sedap!!!!

Mac & Cheese with fries.. Oh.. air tu honey lemon

Bila tengok menu dekat GULA Cakery ni rasa mcm nak order semua je. Tapi sabar, itu semua nafsu. Next time cuba menu lain pulak..

Tak boleh move on tengok ni.. Please help..

Semua kuat makan!!

Oh ya nak share sikit. Dekat sini pun ade promotion, diskaun pun ade jugak taw. Bukan sikit2 diskaun. 15% to 20%. Nak tahu macam mana boleh dpt diskaun?? Meh tengok gambar dekat bawah. Payah lah pulak nak explain satu2.. Hihi

Ladies Day.. Student price..

Birthday!!!!

Nah nak lagi details, aku crop bawah receipt ni untuk panduan korang semua.

Nah, belanja sikit Picture hari jumaat - Sebelum mencekik!!!

Dah tahu location? Dah tengok makanan ape ade dekat GULA Cakery?So, ape tunggu lagi.. Bolehlah beramai2 serbu GULA Cakery. Kebetulan esok gaji dah masuk.. Eh.. hahhaha..

Nanti ade tempat best lagi. Aku update dekat blog ye. TQ


Love,

Aina Ma'at

Saturday, 18 February 2017

Alamat & Harga Tiket Farm In The City

Salam Sayang..

Harini ter-Rajin nak update blog.. Hihi.. Nak share sikit pengalaman pergi Zoo Kecik hari tu ataupun orang panggil FARM IN THE CITY. Lama dah cadang nak bawak Sofea, but today baru berkesempatan. Nak bawak Zoo Negara besar sgtlah pulak. Tak larat nak jalan mak buyung ni.. Ye la kandungan dah masuk 7 Bulan. Semput lebih.. Hihihi.. 

Lagipun tempat ni dekat je dengan rumah. Waze je farm in the city inshaAllah sampai ke lokasi yang di bicarakan ini.. Cewahhh.. Alamat & Bayaran aku share dekat bawah nanti

Pintu Masuk

Kaunter tiket dekat bawah laluan tangga ni.. Mase mula2 sampai korang akan nampak dekai souvenir dulu, kena masuk lalu situ then baru nampak pintu gerbang ni. Bawah pintu gerbang ni lah ade kaunter tiket.

Daddy tengok map dulu ye..

Sebelum masuk ke pintu ni, korang dah boleh tengok haiwan2 lain jugak. Dekat luar ni ade ayam, burung, kambing, burung unta. best jugaklah, bagi anak2 explore pegang kambing. Hihihi.. 


Ini gambar kandang kambing sebelum masuk ke kaunter tiket. Layan dulu puas2 baru beli tiket nak tengok haiwan lain. Kambing2 dekat sini, kita dtg dekat je terus dia pergi dekat kita. So, korang boleh pegang dan bagi makan.

Sofea Takut..

Yay!! dah masuk dan lokasi pertama ialah kura2. Ade besar, ade kecik dan korang boleh pegang, belai & bagi makan. Once dah bayar tiket, makanan haiwan pihak sane akan bagi free. Makanan Ikan, Ayam, kura2 semua dorg bagi. Mintak je FOC.

Cucuk2 je ke Daddy.. Ke Daddy takut jugak..Hihi

Tengok fish pulak..

Lega aku bila tengok sofea super excited pergi sini. Rasa berbaloi sgt bila tengok anak happy. Setiap lokasi haiwan ade tempat basuh tangan & sabun. So, after pgg haiwan boleh terus basuh tangan. Kebersihan kena utamakan ya.


Tengah2 panas tetiba ade corner air terjun ni rase sejuk je, tenang je. Korang akan jumpa ini area ayam2, burung dan seangkatan dengannya. Sini pun korang boleh bagi makan direct dekat ayam2 dan burung2. Aku dah try, rasa geli pulak dia patuk2 dekat tangan. Daddy Sofea jugak terror. Hihihi..


Tangga ni sebelah je dengan air terjun mini tadi. Tepi2 ni byk lah burung2 bertenggek dan kalau korg lalu mesti die datang sbb nak makan. So, stanby makanan dekat tangan. 

Sofea: Mommy, Mcm ayam2 dekat rumah nenek je.

Berkeliaran ayam lari kena kejar dengan Sofea. Ayam jek Sofea tak takut.. Hahhaa

Sofea tengah cari ayam lain..


Setiap section dorang akan buat pintu pagar macamni.. Nak make sure semua haiwan berada dekat tempat yang sepatutnya, Tak bercampur. Once korang dah masuk, please make sure tutup balik pintu tu. Kang ade ayam yang terlepas dari kandang. Sofea ni suka pulak bukak2 pintu. Kadang tak habis lagi tengok haiwan, die nak lari2 nak bukak pintu ke next section.

Sesiapa nak mendalami ilmu ayam & burung boleh study jenis2 burung dekat papan info ni ye..

Anak2 ayam

Teringat pulak lagu anaklah ayam.. Hihihi.. Byk kali aku cuba tangkap ini ayam tapi tak dapat2. Licik bebeno nak lepaskan diri. Selalu dekat kg ok je aku tangkap. Maybe ayam dekat sini dah belajar ilmu melepaskan diri kot. 


Amboi suka bebeno.. Bagi pegang melalak2 takut. Siap lari lagi. Bagi makanan pun main campak je sbb takut kena gigit. Sofea.. Sofea...


Gambar ni kali ketiga baru jadik mcmni. kalau tak jerit2 aku. Sebab kali pertama tu die nak patuk kepala aku. Oii jerit la aku.. Rupanya die nak patuk pin dekat tudung then org yang jage tu inform burung ni memang suka benda2 kilat. Tapi yang aku pelik kenapa die nak jugak patuk hidung aku, berkilat ke??? Emmm ko perli aku ke burung sbb hidung aku berminyak dan berkilat.. 

Tak tahu nak gelak ke , nak takut tengok burung ni.. Hahhaha

Korang usiklah mcm mana pun.. Malas betul nak bangun dorg2 ni...

Sampai tertidur Sofea tunggu haiwan ni bangun..


Tak ingat nama burung ni. Tapi session bagi makan pukul 3PM. Korang boleh join jugak bagi makan dekat burung ni. Makanan dorg ikan. Favorite ikan, ikan kembung kot. Hihihi..Aku tengok je, seram pulak nak bagi makan. 

Banyak lagi area aku xsempat nak snap picture and nak share dengan korang. Tapi secara keseluruhan aku puas hatilah bawak sofea pergi sini. Ini introduction sebelum die pergi Zoo yang lagi besar. Tempat pon bersih dan tempat makan pon ok lah. 

Seperti yang aku janjikan, sini aku tepek info pasal tempat ni:


Alamat : Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan.

No Tel : 03-8941 2099

Business Hours : 10:00 am - 6 pm ( Ni standard, tapi korang boleh tengok website or Fb dorg for more details)

Ok lah korang, nak rehat2 kejup ni.. See ya next entry.. 


Love,

Aina Ma'at

Tuesday, 7 February 2017

Gambar Sekolah | Sofea Ros 1 Tahun 10 Bulan

Salam Sayang.. 

Welcome 2017!! Wow sekejap je dah tahun baru. Mase mmg mencemburui kita kan? Byk perkara pahit manis yang berlaku. Aku harap masih ade mase untuk perbaiki diri ke jalan Allah S.W.T.. Amin..

Berbalik kepada topik diatas, yes tahun ni nak kena daftar taska for Sofea. Mula2 cadang nak masukkan die PreSchool tapi husband cakap awal lagi. Baru 1 tahun 8 bulan (On January 2017). So, aku pon ok lah. Tahun depan je la kot masukkan school. Lagi pon tahun ni aku sarat mengandung hehehehehe..

Walaupun cuma daftar taska biasa, ade few prosedur jugak kena ikut. Isi form details background, Gambar school, salinan surat beranak etc. Oh ya lupa, tahun ni ade takaful insurance. Tahun ni Sofea baik sgt mase tangkap gambar. Dah pandai malu anak dara sorg ni. Bagus2 gegerl sgt.

Besar dah anak dara.

Tangkap gambar ni asal jadi je sebenarnya. Takdelah beriya nak cantik2 pon. Tengok tu, rambut pon tak sikat. Takpelah nak, janji muka ok. Boleh tampal dekat borang pendaftaran sekolah. Tahun depan register school kita pakai coat ye.

Ok la, kali ni entry pendek je.. hihi..

Love,

Aina Ma'at

Thursday, 2 February 2017

Pengalaman Hamil Anak ke Dua | Adik Sofea Ros

Salam Sayang..



Already February 2017. Cepat je mase berlalu dan kandungan pun dah berusia 27 Weeks. Alhamdullilah. Baru berkesempatan nak share dengan korang pasal second pregnancy ni. Betul la org cakap, mengandung ni lain2. Anak pertama lain, anak kedua lain, ketiga, keempat?? Hahaha.. Itu tak tahu lagi.. Hahahha..

Mula2 tahu diri ni pregnant, tak tahu nak describe my feeling mcm mana. Happy?Sedih?Tak ready? semua ade. Suami pulak happy je. Rezeki katanya. Setiap anak ada rezeki masing2. Bukannya aku tak happy, tapi benda tak jangka plus Sofea pun masih menyusu badan lagi. Mase dapat tahu pregnant, umur Sofea dalam 1 tahun 6 bulan. 

That time terus terfikir, nak kena stop breastfeed ke? Ya Allah kesian dekat sofea then we decided jumpa pakar dulu sebelum buat apa2 tindakan drastik. Selepas cek condition aku dan kandungan, doktor cakap still masih boleh menyusu macam biasa BUT if ade pendarahan, rasa kejang perut yang teramat sgt better stop slowly. Alhamdulillah sampai skrg Sofea masih menyusu badan walaupun susu bdn aku tak semeriah dlu. Ye la kandungan nak masuk 7 bulan, production makin kurang plus baby dalam perut pun dah makin membesar. 

Meh nak cerita sikit pasal pregnant kali ni. Aku cek UPT positive after 2 hari tak dtg period and tanpa jangka memang ade 2 line even satu lagi tu agak kabur. Tapi aku yakin aku memang pregnant. Malam tu jugak pergi klinik double cek dan after scan mmg confirm ade kantung baby. 1st trimester alahan sangat2 teruk. Double teruk mase pregnant Sofea dulu. 4 bulan tak boleh makan nasi, ikan, ayam dan semua yang berat2. 

Kalau aku paksa makan jugak memang tak sampai 5 minit aku akan muntahkan balik SEMUA... SEMUA ya. Pregnant usia 2 bulan berat makin turun ke 43 kg. Before pregnant 45 kg. Mase ni risau giler, try jugak makan sikit macam buah, ikan dan vitamin untuk support badan aku supaya lebih bertenaga. 

Alhamdulillah masuk bulan ke 4 selera makan makin pulih. Asyik nak makan lah pulak. Pregnant 6 Months berat 54.5kg. Terus doktor suruh minum air gula. Ahh sudah, takut diabetes or kencing manis. Hahahahha.. Tapi alhamdulillah semua normal. Kali ni aku dah rase pergerakan baby seawal 3 ke 4 bulan. Dah rase geli2 ade benda dalam perut. Hihihi..

Persiapan pulak as at now memang tak pyh risau sgt sebab brg2 Sofea dlu masih ade dan baru2 lagi. Tapi aku beli jugak sikit2 baju spare. Kali ni agak rileks dan tak gelabah sgt nak beli brg2 sebab dah ade pengalaman kan? Dulu terlebey excited sampai barang tak perlu pon aku beli. Dah membazir sebab tak pakai. Takpelah, kita belajar dari pengalaman.

Bakal kakak kepada Adik

If nak cerita pasal perubahan sikap Sofea, YES memang ade. Dia jadi terlalu sensitive, manja tapi masih boleh dikawal. Then mase baring2 dengan die aku akan cerita die nak jadik kakak and dlm perut ade baby. So, nanti keluar aku mintak die tlg jage sama2. Sekarang ni before tidur mesti die akan kiss perut aku dlu. Tapi bila datang meragam die, perut aku die tepuk2.. Alahai Sofea,,, Hahaha.. you still princess dekat hati Mommy. Don't worry.

Gambar mase nak pergi melawat abg dekat labuan.

Pasal jantina baby, inshaAllah Sofea akan dpt adik lelaki. Alhamdulillah.. Sebenarnya aku dan husband tak kisah pun pasal jantina anak, janji dia sihat2 je bila keluar nanti.


Oklah sekian dulu entry kali ni. Ade story lagi, nanti aku update lagi dekat blog ea. Harap korang semua doakanlah aku ye. Semoga dipermudahkan segala urusan dan selamat bersalin.

Love,

Aina Ma'at

Monday, 30 January 2017

Herpes Gingivostomatitis | Sofea Ros satu tahun sebulan

Salam Sayang..

Tajuk entry kali ni scientific skit.. ececeh.. Benda ni dah lama ( Berlaku dalam bulan May 2016), tapi nak share jugak if ade kalangan ibu2 bapa yang pernah melaluinya atau pun sedang mengalaminya.

Sebelum aku cerita dengan lebih lanjut, meh sini aku share sikit ape tu Herpes Gingivostomatitis. Ianya adalah nama sejenis penyakit ya. Sofea Ros antara yang terpilih untuk mengalaminya.

Gingivostomatitis adalah jangkitan biasa pada mulut dan gusi. Tanda-tanda utama adalah mulut atau gusi bengkak, dan luka-luka di dalam mulut yang menyerupai kudis mawar liar. Jangkitan ini boleh menjadi hasil daripada jangkitan virus atau bakteria, dan sering dikaitkan dengan penjagaan yang tidak betul gigi dan mulut anda. - Sumber: HealthLine

Gingivostomatitis amat biasa di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak dengan gingivostomatitis boleh drool sehingga engkau tidak makan atau minum kerana tidak selesa (sering teruk) yang disebabkan oleh luka. Mereka juga boleh mengalami demam dan nodus limfa bengkak.-Sumber: HealthLine

Sumber: Google Imej

Sofea mula terkena jangkitan selepas demam dalam tempoh 2-3 hari. Hari ketiga dia dah start tak nak minum susu, makan, dan main. Asyik menangis je. Jangkitan ni tak lama selepas die kena ulser. Ade dalam entry ni http://ainalista.blogspot.my/2016/05/ulser-mulut-pada-mulut-anak-bawah-2.html

Ada kemungkinan, mase die kena ulser tu, jangkitan tak sepenuhnya sembuh dan terjadinya Herpes Gingivostomatitis. Gambar atas adalah dari google imej. Sama simptom2 dengan Sofea sehari sebelum aku bawak pergi pakar.

Ini Sofea, muka dah start naik mcm rashes

Sebelum teruk mcm gambar dekat atas. Tapi dah nampak dekat bibir tu macam ade bintik2 kecil.

Dalam satu tahun ni (2016) mcm2 dugaan yang aku lalui sebagai seorg ibu. Tapi alhamdulillah, suami betul2 membantu dan bagi dorongan. Ini adalah ujian dari Allah S.W.T. Tak semua org terpilih untuk melaluinya. Ok berbalik kepada Herpes. 

Apakah punca-punca gingivostomatitis?

Gingivostomatitis boleh berlaku kerana:
  • jenis herpes simplex virus 1 (HSV-1), virus yang menyebabkan kudis sejuk Coxsackie, virus sering dihantar dengan menyentuh permukaan atau tangan individu yang tercemar dengan najis (virus ini juga boleh menyebabkan gejala seperti flu).
  • bakteria tertentu (Streptococcus, Actinomyces) kebersihan mulut yang lemah (tidak menggunakan flos dan memberus gigi anda dengan kerap).
Antara punca2 dekat atas ade kemungkinan adalah punca jangkitan ini terkena kepada Sofea. Kadang2 aku lupa atau pun tak sempat nak bersihkan mulut. Selalu lepas mengusu, die terus tertidur dan aku tak sampai hati nak kejutkan. Jadikan pengajaran ya semua!!!

Kali ni aku dapatkan rawatan dekat An-nur Hasanah Bangi sebab dekat dengan rumah. Alhamdulillah layanan, bilik dan rawatan aku mmg puas hati. Bukan setaka bagi ubat sahaja. Tapi nurse dan doctor assist sekali mase bagi ubat, drip dan sebagainya. Suami aku pon puas hati. Nampaklah dorang mmg betul2 jalankan rawatan. Kalau malam2 sofea menangis terus nurse datang assist bagi ubat dan tenangkan Sofea. So different dengan KPJ.. Sorry..

1st day admitted - Die still ok dan drip dekat tgn

Kali ni An-Nur drip sofea sbb takut Sofea De-Hydrated. Sofea tak nak minum & makan. Sofea fully breastfeeding, so bila die refuse nak minum aku jugaklah sengsara sebab bengkak oiii breast.. Sehari duduk hospital, adelah 30oz total aku pump.

Sekali pump dalam 10-12oz

Mase ni siang, so belum meragam lagi, Lagipun drip + ubat sekali.

tertidur - Sayu hati tgok gambar ni lama2..

Bangun tidur terus main- Muka nampak bengkak sikit maybe sebab drip.

2nd day - Makan buah tembikai

Hari kedua bangun2 segar je, tidur pun lena. Bintik2 dekat muka pun dah kurang. Makan dah ok, dah boleh mengusu - Yeay!!! Mommy is happy. Syukur Alhamdulillah.

Kena buli dgn daddy - Pakai sarung kepala mommy

After 3 days admitted - Dah boleh discharged yay!!! ( Gambar dekat rmh dah)

Alhamdulillah setakat hari ni takde dah terkena jangkitan ni lagi. Semenjak peristiwa ni, aku lebih menjaga kebersihan sofea terutama dalam mulut dan botol susu. Memang aku akan paksa jugak die berus gigi walaupun guna paksaan. Lama2 die ok je.

Next day bawak jalan beli kopok leko...

Hope Sofea tak mo dah sakit2 ya. Tapi jika berlaku lagi, aku anggap itu ujian tuhan. Insan terpilih. Amin....


Love,

Aina Ma'at