Jom Buat Duit!!!!

Thursday, 19 July 2012

Perkara Yang Lelaki Tak Suke

Salam Sayang........

Mungkin wanita tidak sedar wujud beberapa perkara yang boleh menjadi pemicu kepada kemarahan golongan cik abang. Dengan memahami ‘pantang-larang’ kaum lelaki dan perkara-perkara yang boleh membuat mereka bosan, ia dapat mengelakkan si isteri daripada terjebak dalam perbalahan rumahtangga.
Berikut adalah beberapa ‘pantang’ lelaki :

1. Ungkit kisah lama




Anda marah dan kerana kemampuan wanita mengingati sesuatu peristiwa dengan terperinci, anda mengomel sambil mengungkit kisah 10 tahun lalu.
Tetapi cik abang bertanya: ‘Ah? Apa kena mengenanya?
2. Banyak soal


Wanita suka berdialog, umpamanya beliau ingin tahu di mana lelaki itu makan tadi, dengan siapa dan apa yang dibualkan tetapi lelaki salah faham dan menganggapnya seperti disoal inspektor polis.

3. Bersaing dengan dirinya

Beliau sedang bercerita dengan anda tentang perangai bos di tempat kerja. Bukannya beliau ingin anda mendengar keluhannya, sebaliknya bercerita panjang lebar tentang diri sendiri.
Lelaki menganggap anda sedang bersaing cerita dengannya sedangkan apa yang beliau mahukan ialah untuk anda mengatakan beliau betul dan bosnya salah.
4. Perlakukan mereka bak anak kecil
Mereka tidak perlukan seorang lagi ibu untuk memperbetulkan gaya, cakap dan pakaian mereka, bertanya mengapa tidak melakukan begitu dan begini.
 
5. Mengongkong




Bukan beliau tidak mempedulikan anda.

Sebenarnya ramai lelaki perlukan ruang untuk menyendiri. Mereka kadangkala perlu berinteraksi dengan kaum sejenis mengenai perkara-perkara yang hanya mereka fahami.

6. Menuduh
Wanita suka berbicara bak dirinyalah menjadi mangsa sekali gus membuat lelaki berasa bersalah. Misalnya:
Wanita: Baju mana yang cantik, merah ke biru? Lelaki: Entah, suka hati awak. Dua-dua cantik. Wanita: Awak memang tak ambil endah. Semua tak tau!

7. Cakap berputar belit
Cara perbualan, penyampaian dan menceritakan sesuatu dengan amat terperinci dan panjang lebar seolah-olah tiada penghujungnya membuat lelaki bosan kerana apabila berbual, lelaki lebih fokus.

8. Tidak tahu simpan rahsia
Mungkin wanita rasa tidak bersalah memberitahu teman bahawa suaminya berdengkur amat kuat dan cerita begini menggelikan hati tetapi lelaki menganggapnya kesalahan besar.

9. Bertanya sayang ke tidak
Pertanyaan seperti, ‘Awak sayang saya tak?’ buat sekali dua tidak mengapa tapi kalau ditanya berulang kali boleh membuatnya bosan.

10. Kata ‘tak ada apa-apa’
Apabila anda mematikan diri dan mengharap mereka ‘membaca’ fikiran anda, anda membuat mereka berasa keinginan untuk menolong ditolak dan akhirnya, mereka pun meradang. Tercetuslah perang sengit.

Aina just share this artikel k...Aina dapat from email...
Oleh :  Noor Azlin Sukri (Maybe ini penulisnya)


No comments:

Post a Comment