Jom Buat Duit!!!!

Tuesday, 3 June 2014

5 Cara Takluk Hati Lelaki

Salam Sayang..

Amboi tajuk entry.. Tak boleh tahan.. Dah lama x share2 bende2 mcmni.. Heee.. Perkara ni penting jugak untuk di ambil tahu.. kebanyakkan wanita sering mengambil mudah.. Marilah sama2 kita beringat sebelum perkara yang x diingini berlaku.. This is reminder for me too..

Tgh2 boring2 tadi ni sebenarnya.. terjumpa satu artikel ni dekat 'Majalah Mingguan Wanita" 31 Mei - 5 Jun 2014.. Majalah ni dia akan keluar every week.. Dah namanya pun mingguan wanita.. Pihak majalah sila jgn saman saya.. Saya ingin berkongsi saja.. heeee

Sebenarnya banyak cara nak takluk hati lelaki / Suami.. Mengikut cara masing2.. Kali ni aina nak share yang general kita boleh ikot k..

1) Keikhlasan Hati

*Google Image*
- Wanita yang hebat pasti dapat menawan hati insan yang disayangi dengan ketulusan hatinya. Dengan kata lain, tiada paksaan dalam percintaan. Anda tidak boleh memaksa pasangan untuk mencintai anda, sebaliknya biarkan perasaan cinta itu mengalir dengan semula jadi.
Jadi, jika pasangan tiba2 muram, bukan bermakna dia tidak menyayangi anda. Mungkin dia sedang berhadapan dengan masalah atau sedang memikirkan sesuatu. Anda hanya perlu bertenang and dekatinya selepas moodnya kembali tenang.

2) Air Tangan

* Google Image*
- Bukan semua lelaki itu susah dikuasai hatinya. Sesetengah lelaki amat mudah di tawan hanya melalui masakan yang di gemarinya. Jika ada berkesempatan berjumpa ( bagi yang belum berkahwin), cubalah masakan hidangan kegemarannya. Pasti pasangan akan rasa seronok dan lebi dihargai.
Lelaki selalunya mencari bakal isteri yang pandai mengambil hati dan tahu menjaganya, Lelaki begini mungkin kelihatan bengis, tapi amat halus perasaannya.

3) Kesetiaan
*Google Image*
- Anda mahu pasangan yang setia mencintai dengan sejujurnya. Oleh itu, belajarlah juga menjadi pencinta yang setia. Ini bermakna, jika ada cuba mengoda, terangkan dengan jujur bahawa anda sudah berpunya.
Jangan sesekali mengambil kesempatan dengan keluar berdua dengan lelaki lain. Andai terserempak pasti ia akan mengundang perbalahan yang panjang. Perkiraannya sudah cukup mudah, andai anda setia dan jujur, pasangan pasti akan berusaha melakukan hal yang sama.

4) Pamer Keindahan

*Google Image*
- Sepanjang berpasangan hias diri. Jangan pula tampil cantik semasa mahu mengenali hati budi sahaja tapi selepas sudah memiliki, anda ambil mudah tentang penampilan diri. Bayangkan jika teman lelaki anda bekerja di kelilingi wanita2 anggun di pejabatnya.
Andai anda tidak menghargai diri sendiri mahupun perasaan pasangan apa yang akan berlaku kelak? bukankan peluang untuknya mencari lain akan lebih mudah. Jadi jagalah penampilan diri.

5) Sikap Terus-Terang

*Google Image*

- Semasa bercinta inilah segalanya mahu diluahkan kepada pasangan. Perasaan marah, cemburu, benci, rindu malah segala macam emosi mengganggu diri anda. Ada ketikanya anda seakan mahu lari menjauh daripada merasai semua emosi itu. Namun apa kan daya, itula penangan org bercinta.
Andai beberapa perkara yang tidak anda persetujui dengan pasangan, mengapa tidak berbincang dan berterus terang dengannya.
Lelaki bukan insan yang pandai memahami kiasan. Jadi berterus terang sahaja tetapi pastikan luahan hati itu bukanlah bersifat emosi. Jauh beza antara penerangan yang beremosi dengan penjelasan luahan hati yang meminta simpati pasangan.

** ini pesanan untuk aina jugak.. heeee

Sumber : Majalah Mingguan Wanita ( 31 May - 5 Jun 2014 ) - Blh pergi beli if nak baca yang selanjutnya.. heeee


No comments:

Post a Comment