Jom Buat Duit!!!!

Tuesday, 12 August 2014

Diary Of My First Pregnancy ~ Buku Merah Klinik Kerajaan

Salam Sayang..

Buku merah? ok masa dulu mmg ingat buku ni warna merah and aina pun tak pasti kenapa orang panggil buku merah? Walhal warnanya PINK... Emm.. tak pela, warma semua tak penting, yang penting apa function buku ini.. betul x??

Mula2 aina malas nak buat buku ni , akan tetapi selepas mendapat nasihat dari kaum kerabat and sahabat handai, aina gagahi diri jugak buat buku ni.. Even dah set nak check up dekat swasta.. Berlagak betul kan?? hahaha.. gurau2 je nooo..

11 August 2014

Cocos lah yang call and set appointment.. aina sgtla malas masa tu.. sebab tak sedap badan.. everything cocos yang uruskan.. so 11 August 2014, iaitu semalam.. hee.. kami pun pergi Klinik Kerajaan Ibu & Anak ( KK )yang berdekatan dengan rumah.. Mesti yang berdekatan ya kawan2.. Kalau tak mereka nurse2 tak nak terima.. Sebab luar kawasan.. 

Dalam fikiran aina tentang KK adalah :-
1) Kene tunggu lama.
2) Nurse garang, cakap mesti pakai lepas je ( Aina takur sebenarnya, ye la kan baru je gugur, kang tak pasal2 kene sound)..
3) Ramai org and susah nak dapat tempat duduk
4) Dan sebagainya yang negative

Dah cocos paksa pergi kene la ikut, nanti tak ikut cakap, derhaka kepada suami la pulak kan??

BUT
Segalanya berubah apabila sampai di KK, layanan sangat baik dan nurse2 pun ramah.. Satu2 dia bagi penerangan dekat aina... Sangat details dorang check up.. dari la ambil berat, tekanan darah, tinggi and ujian payudara.. So details... Speechless sekejap.. Aina rasa nak minta maaf je dekat nurse2 ni sebab berprasangka buruk,.. heee..

tak lama pun.. dalam satu jam lebey siap dah buku merah.. heee.. Even orang sgt ramai, tapi sgt2 teratur nurse ni bahagi kerja masing2.. So xla sampai kene tunggu berejam.. heee Alhamdulillah..

Gigih edit bubuh putih2 nak tutup IC.. Buruk naw rupenya..
Tujuan aina buat buku merah ni sebab, masa aina keguguran dulu, even pergi swasta, kes2 keguguran dorang akan prefer kita pergi gov hospital.. So lagi bagus kalau ada buku merah ni.. Jadi kita ada rekod dengan kerajaan.. 

Sekarang ni, aina akan follow up dua2 iaitu Kerajaan & Swasta.

Senang je kan nak buat buku merah? u olls datang je, nanti nurse2 akan assist u olls yang first time ni.. Don worry..

No comments:

Post a Comment