Jom Buat Duit!!!!

Monday, 15 September 2014

Diary Of My First Pregnancy ~ Morning Sickness - Alahan Semasa Mengandung

Salam Sayang..
Tengok tajuk pun dah tahu kan entry kali ni nak cerita pasal apa?? Yezza.. MORNING SICKNESS.. ianya adalah sejenis penyakit ye kawan2.. Penyakit bagi ibu2 hamil.. Kebanyakkannya ibu2 hamil akan megalaminya.. Tapi tak semua.. Aina adalah insan terpilih untuk mengalaminya..

Sangat2 menduga ye kawan2 waktu mcmni.. Sokongan family terutama suami sgt di perlukan.. Kadang2 blh jadi down.. Tapi aina kuatkan diri dan redho.. Sebab semua ni diberi ganjaran pahala InshaAllah..

Aina start teruk morning sickness masa kehamilan 6 weeks.. Aina ingat demam biasa yang akan baik dalam masa 2,3 hari.. But NO!! ianya berterusan sehingga sekarang.. sekarang ni hampir mencecah 14 minggu.. Sobs.. Sobs,, Nak lap air mate kejap.. 

Nampak sgt muka pucat.. Heee.. Masa ni kandungan 11 minggu.. 

Jom tengok apa yang aina alami :-

1) Pening2 kepala.. Bukan rasa pening yang mcm selalu kene tu.. Pening kali ni mmg memeningkan.. pening la ayat ko ni aina.. hahaha ( emm byk nyer perkataan PENING).

2) Selera makan yang sgt2 kurang.. Even letak la depan mata makanan favorite pun.. mmg xkan makan la.. if makan pun, tak sampai 10 mnt akan muntah balik. 

3) Muntah2. Kekadang ikut suke je nak muntah. Tak kire tempat dan masa. If terasa nak muntah, aina akan cepat2 cari tempat nak membuang. Then, sekarang ni, if pergi mana2 dah siap2 bawak plastik kosong. Senang nanti if nak termuntah. Aina akan muntah bila terasa pening sgt2, loya if tersalah makan or terbau something yang kurang menyenangkan. 

Muntah ni sgt penat ye kawan2. Rasa tak tertanggung dah kadang2.. If makan pedas lagi la padah.. hee.. Makan pedas then bila muntah, tekak hidung semua rasa panas dan sakit. Waktu wajib aina akan muntah ialah fter bangun pagi and slps gosok gigi.

4) Asyik nak tidur je. Bukan nya aina malas, tapi if pejam mata or tidur, aina rasa lebih relax dan kurang pening. 

5) Berdiri lama rasa nak pitam. Yang ni pon tak best. If banyak jalan or berdiri lama sikit, kepala dah start sakit and nak pitam. Nak shopping or window shopping pun tak boleh sgt dah sekarang. hee.. sedihhhh.. Sobs... Sobs..

6) Tak boleh makan daging/Ayam . Yang ni mmg paling rugi.. Hee.. kdg2 Cocos akan paksa jgk makan even pastu muntah. Sebab pregnant ni kene ade protein yang cukup. Kena la fikir untuk baby jgk kan??

7) Banyak lagi.. Tak blh nak sebut satu2.. heee.. Tapi yang kt atas ni mmg paling kerap jadi dekat Aina la semasa hamil skrg.

Bila dah mcmtu, mcm2 aina buat untuk hilangkan alahan2 di atas. Ye lah, aina ni kerja.. so, tak bolehla ikutkan sgt.. 

Jom tengok apa yang aina buat :-

1) Bila rasa pening je, aina cepat2 pejam mata bagi relaks sekejap. Minum air masak banyak2 and sedut sikit minyak angin. Minyak angin / Kapak jgn la hidu byk2, tak baik ye.. Sedut sikit2 bg hilang pening je.

2) Bab nak tambah selera. Aina akan makanan yang kering2 je dulu. Macam ikan grg, nasi dan sayo. Kurangkan makanan yang ade rempah2 tu.. Then aina lebih byk makan buah-buahan. Makan buah byk2 pon tape,aina takkan muntah. 

3) If muntah2, aina akan kerapkan gosok gigi selepas makan. Sebab sisa mknn lama yang dlm mulut tu yang buat aina rasa loya. Then minum air masak. Bende wajib kene bawak ialah biskut JACOBS & coklat, bnde2 ni wajib ade dlm beg.. If rasa loya terus kunyah biskut.. Heee

Then yang lagi penting!!! Before gosok gigi pagi, aina akan makan biskut kering dlu..Alhamdulillah, after aina amalkan, kurang sikit muntah pagi2. Kpd yang xsuke biskut, boleh ganti dengan kurma.

4) If hari cuti, masa ni la aina byk tidur. So, sebab xnk manjakan sgt dri.. Aina kerapkan mandi dan buat aktiviti yang best. If penat tidur la sekejap. Tapi tak terlalu lama.

5) Pasal pitam plak, mmg xdapat nak elak. So, skrg aina terhadkan pergerakkan. Aina akan ddk sekejap if pergi jalan2 pun. perkara ni mmg biasa ya bagi ibu2 hamil. Lagi2 awal2 kehamilan.

Apepun ikot kretiviti dan kesuaian badan anda ya. Lain org lain ragamnya. Kena byk membaca dan cari isi2 dalam internet. If ada cara yang sesuai, boleh la ikut... heee..

Aina harap masuk bulan ke 4, semuanya ok2 shj. Tak nak dah MORNING SICKNESS ni.. Tapi Alhamdulillah aina dapat rasa nikmat mengandung ni...Pengalaman kan? Bukan semua org melaluinya.

No comments:

Post a Comment