Jom Buat Duit!!!!

Friday, 26 September 2014

Resepi Ayam panggang ~ Roasted Chicken

Salam Sayang..

Seperti anda semua maklum.. Aina skrg mmg suka masak n bake.. So, today nak share satu resepi yang simple, sihat dan sedap untuk di cuba.. Menyesal sgt tak cuba.. Ceewaahhh!!! macamla esklusif sgt resepi ko ni Cik Aina oiii...

Si Cocos ni dah start nak berdiet2.. Semenjak kawan2 die tegur "he is so buncit"... Amboi!! Kawan tego terus nak diet.. Isteri hari2 tegur buat donno je.. Hahaha..

So, Today nak share resepi Roasted Chicken atau Ayam Panggang.. Heee.. Menu ni sgt sihat ye.. Tade minyak sebab we will bake dekat oven.. Ini salah satu menu diet Cocos.. Jom tengok resepi:

Bahan2: 

Ayam Sebelah
Ubi Kentang
Lobak
Sayur Salad / apa2 sayur

Bahan Marinade:

Black Pepper
White Pepper
Peri-Peri Marinade 
Maggi Seasoning
Kicap Manis
Herbal Mix
Oregano

Ni la rempah2 yang aina pakai

Cara:

1) Bersihkan ayam tadi.. If nak buang kulit ayam tu pun boleh.
2) Letak ayam dalam bekas, lepastu start letak some bahan2 marinade td.. Lumur2 kan ayam tu mcm buat rawatan spa..heee.. marinade sekali kentang & carrot.

Marinade dengan kentang2 sekali

3) Letak dlm plastik bersih or bekas yang bertutup... Biarkan dalam 30 minit.. Letak dlm peti.
4) Lepas setengah jam, Masokkan dlm bekas untuk dimasak dlm oven. Bakar suhu 220 darjah celcius.. Selama 40 ke 45 minit.. tgok la besa mana ayam.. Mcm ayam Aina ni 40 minit

Letak dlm bekas camni.. heeee

5) haaa lepas 40 minit siap.. Dlm pic termasok sekali makanan aina harini.. Ketam n sayo.. U olls just fokus dekat ayam yang dah masak tu je k.. Wahh!!! sgt2 sedap!!

Yummmy!!!!

Ok semua.. Selamat Mencuba yaaa!!!!


No comments:

Post a Comment