Jom Buat Duit!!!!

Saturday, 20 September 2014

Resepi Marble Kek Sedap Dan Mudah

Salam Sayang...

Semenjak dua menjak ni.. Semangat memasak semakin menjadi2.. heee.. Macam2 bende nak try.. Dan Alhamdulillah, semuanya menjadi & sedap ( org yang makan la ckp kan )... heeee..

So today, Aina nak share satu resepi yang sgt simple and sedap... Bahan2 pun senang nak dapat.. Marble kek yaw..

Punca nak bake adalah kerana pada suatu hari, Aina ada beli 1 slice marble kek ni dekat Bread Talk.. Makan2 rupanya2 xcukup..  Dtg balik nak beli lagi tapi habissssss.... Aduh lah, kempunan ibu mengandung ni.. Dah jom tgok resepi.... Asik membebel jewwwwww....

RESEPI KEK MARBLE

Bahan-Bahannya:

250g Butter atau Marjerin ( Aina prefer guna butter )
150g Gula Pasir
250g Tepung Naik Sendiri
4 Biji Telur
1 Sudu Kecil Esen Vanilla
1/2 cwn Susu Pekat Manis
I Sudu Serbuk Koko

Cara-Cara:

1) Pukul butter dan gula sampai kembang ( Senang kate sampai gula tu sebati dgn butter ).

Pakai semua.. Satu pek ni mmg dah cukup 250g

2) Kemudian, masukkkan tepung sedikit demi sedikit & Tuang esen vanilla then susu.. Lepastu pukul sampai sebati..

Tepung naik sendri Aina mmg suke brand Blue Key

Susu pekat byk brand.. Ape2 pun blh pakai...
3)Bahagikan adunan tadi kepada 2 bahagian. Satu bahagian just maintain and satu lagi masukkan serbuk koko..

Jenama ni sedap,, Terasa koko aslinya.. Cewwwaaahh
4) Lepas tu letakkan adunan ke dalam loyang/bekas.. Berselang seli yaa..Bg nmpak corak nya.. ( Ikot kretiviti).

5) Bakar di dalam oven selama 45 - 45 mnt dengan suhu 170 - 180 darjah celcius.

SIAP!!!!

Jeng Jeng Jeng.. Siap.. Wah mkn pns2 mmg sedap!!!!


Haa.. Ni bila dah potong!!! Yummeh..
Haa.. senang kan resepi ni.. Blh la try utk family di hujung minggu.. Aina bake ni untuk minum petang.. Sgt cepat, mudah dan yang penting sedap,,

Lepas ni xpyh nak pergi beli lagi,, Buat sendri lagi puas makan kan??

Selamat mencuba!!!!!

No comments:

Post a Comment