Jom Buat Duit!!!!

Thursday, 30 October 2014

Diary Of My First Pregnancy ~ Dear Anak #1 - Scan 19 Minggu

Dear Anak,

Start today, mommy akan tulis entry khas untuk awak bace nanti.. Biarlah anak tahu apa yang mommy alami sepanjang mengandungkan kamu..

Today, kamu dah genap 5 bulan dlm perut ibu.. Selere mommy pon mula melonjak2 sama lonjak perut mommy.. itu tanda kamu sedang membesar dgn sihat di dalam perut.. Alhamdulillah..

Mommy dah pon scan kamu last week ( 21/10/2014). Mommy saje nak tahu kamu ni baby boy ke girl. Mommy excited sgt.. Senang sikit nak beli barang untuk kamu nanti.. Mommy harap awak baik2 saja dlm perut k.. Mommy cuba sedaya upaya bagi kamu makanan yang sedap2 dan berkhasiat.. 

Alhamdulillah.. This month mommy tak muntah2 lagi dan bdn kembali cergas kembali.. Thanks dekat kamu tak susahkan mommy lama2.. Heee..

So, tgok ni mommy nak share apa yang mommy nmpk masa scan haritu...

Kamu nmpk x? hehehe.. Kamu teka la sendri ya..

Mommy tak kisah jantina kamu syg.. Janji kamu sihat and membesar dengan baik.. Kamu duduk baik2 dulu k dalam perut.

Next scan mommy nampak kepala n rangka kamu.. Ya Allah gembira sgt.. heeee.. Rasa nak peluk2 je..

Masa ni scan biasa je.. Blm 4D lagi,, Nanti kamu dah besar sikit baru 4D k syg..

Aina check up dekat KPMC, takut semua tertanya2 sebab dekat scan picture tu stated Klinik Ajwa Seksyen 7.. Masa ni suke2 je pergi scan.. Cocos pun tak ikut.. Lepas scan baru ckp dgn Cocos.. Nasib die tak bising..heee.. Sorry, ter-excited nak scan...

Klinik Ajwa seksyen 7 ni pun ok if ibu2 nak pergi scan.. Scan die clear jugak, even scan biasa.. Tapi kena call dulu la..

Heee.. ok itu je entry untuk kali ni.. Nanti aina update lagi k.. Doakan Aina semoga baik2 shaja.. TQ




Friday, 24 October 2014

Diary Of My First Pregnancy ~ Check up at KPMC - 14 Weeks

Salam Sayang.. hee

Ok entry kali ni nak share about my 14 weeks check up.. Yaaa i know, dah lapuk.. Masa check up ni 19 Sept 2014..hahaha..

Macam trend la plak, biar berkurun bru nak update.. hee.. busy skit kebelakangan ni.. Dah tentu monthly check up adalah waktu yang ditunggu2 para mommy to be kan?? nak tahu baby tgh buat ape? mcm mane la baby dlm perut tu? mcm2.. heee.. Excited !! lagi2 first baby.. Aina tak terkecuali..

Apa yang best check up dekat KPMC ni, servis ok, harga berpatutan, dan yang paling penting SCAN CLEAR GILER ok... Doc pon friendly.. tanya satu.. die akan explain 3 kali ganda fact & petua2.. Sgt2 membantu bagi first time mommy to be...

Lagi sekali nak gtaw aina check up dekat KPMC Kajang ya.. saje ingatkan balik.. Ntah2 berkenan nak try.. So, jom tgok apa yang nmpk masa scan 14 weeks!!!

Pic senget.. heee.. 

Masa ni dah nmpk badan, tulang belakang, dah gerak2.. But tak terasa lagi.. Die gerak sopan2 je kot xnk bg mommy die rasa lagi.. heeee

Kepala & jantung pun dah nmpk clear.. Wah!! Besarnya kuasa Allah S.W.T.. Syukur diberi nikmat ini semua..

Alhamdulillah jugak.. Kesihatan aina baik & tiada sebarang masalah.. Semoga berkekalan sampai selamat melahirkan & membesarkan.. Amin...

Okla, entry pendek je kali ni.. Eh pendek ke?? heee.. Nak share pic ni je dgn u olls.. Doakan yang baik2 ya semua... I love u lah!!

Sunday, 5 October 2014

Diary Of My First Pregnancy ~ Pregnant 5 Bulan

Salam Sayang...

Wow!! dah 5 bulan usia kandungan & alhamdulillah Aina semakin sihat dari morning sickness. Aina dah start berselera makan & berat pun makin meningkat. Bila berat meningkat maknanya badan pun makin kembang... OH NO!!!

But its ok, demi anak mommy, mommy sanggup syg.. janji baby sihat dlm perut ni.. Now if pergi kenduri or event.. mmg tak muat dah pki baju kurung / Kebaya... Pki jubah je la..heee

Masa ni pun perut xboleh nak sorok dah.. Membuncit dengan jayanya.. But i'm happy.. 

Love this dress from leeyana Rahman Collection

Saje upload 2 picture, cukup syarat

Friday, 3 October 2014

Makanan Yang Mengaktifkan Cyst

Salam Sayang...

Entry kali ni nak share mengenai makanan yang perlu di elakkan bg golongan yang ade Cyst. Penjagaan makanan amat penting ye kawan2 sekalian.

Kalau boleh elakkan or kurangkan pengambilan nya. Aina nak share jenis makanan yang akan mengaktifkan Cyst. Aina dapat info ni dari facebook ( Pakar Sakit Puan ).

Makanan Yang perlu di elakkan itu adalah :

1) Ayam
- Kebanyakkan ayam sekarang telah disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesaran ayam tu. Ayam biasanya diberikan suntikan estrogen.  Nak selamat, makanlah ayam kampung..heee.. InshaAllah selamat.

2) Ikan Keli Yang Dibela
- Sebab kita tak tahu makanan apa yang diberikan kepada ikan. Lagi2 byk kes pasal ikan keli kebelakangan ini. If mmg mengidam sgt nak makan, dekat kampung2 maybe banyak. Lagi area sawah padi dan ada parit.

3) Kawal Pemakanan/Kolestrol
- Kolestrol juga adalah salah satu penyebab kenaikkan hormone estrogen dan precursor kepada estrogen.

4) Ikan Haruan

5) Daging Merah ( Lembu or Kambing )

6) Produk Tenusu / Keju

7) Gamat

8) Bahan Perisa - Pes segera, kiub2 perasa masakan ( Stok ayam , Stok ikan bilis etc )

9) Makanan Manis - Kuih muih manis & pencuci mulut

10) Minuman Bergas.

11) Makanan Segera - Burger, Sosej, nugget, Mee Segera etc

12) Makanan Ringan - Snek Segera

13) Makanan Berlemak & Berminyak 

!!! Semoga info ini dapat membantu kawan2 sekalian... Thank You...

Thursday, 2 October 2014

Cyst Payudara Dan Ovari

Salam Sayang..

Entry harini nak share sikit pasal Cyst. Semakin ramai golongan ibu and wanita yang menghadapi masalah ini. Aina ni pun tetap risau walaupun sedang hamil. 

Kebanyakkan kes sekarang ni terjadi di ovari & payudara. Jom kita baca info di bawah, apa CYST tu ? Dan makanan yang perlu dicegah.
Breast Cyst/kista payudara


Google Image
a) Ketulan di payudara,jangan ambil remeh

Breast Cyst/kista payudara dalam BM nya. Apakah itu kista payudara yang sebenarnya? Kista payudara adalah sebuah kantung yang berisi cairan pada jaringan payudara. Kista ini sering muncul pada wanita yang berusia diantara 35 tahun sampai usia premenopause dan selalunya menghilang setelah seorang perempuan mengalami menopause kecuali yang mendapatkan terapi hormon.

b) Penyebab terjadi kista payudara/Cyst/Lump


-Kista payudara muncul apabila terjadi pertumbuhan yang berlebihan kelenjar dan jaringan ikat yang menghalang duktus susu menyebabkan duktus berdilatasi dan terisi dengan cairan.
-Perubahan hormon estrogen menyebabkan tubuh seorang wanita menarik lebih banyak cairan sehingga terkumpul di duktus-duktus dalam kelenjar payudara.
- Selain daripada itu,pemakanan yang tinggi lemak juga meningkatkan risiko untuk terjadinya kista payudara kerana sifat lemak adalah menarik air. Lagi banyak lemak yang terkumpul lagi banyak air yang berkumpul. Air ni tak tau mana nak pergi, dia bentuk la kantung berisi air yang kita namakan kista.


c) Apakah tanda dan gejala munculnya kista payudara?


- Pertama, adanya massa yang berpermukaan licin, mudah digerakkan, berbentuk bulat atau lonjong dengan batas yang jelas.
-Kedua, rasa sakit ataupun tegang di dekat kawasan massa payudara tersebut.
-Ketiga, meningkatnya ukuran massa payudara dan ketegangan payudara sebelum menstruasi. Keempat, menurunnya ukuran massa payudara dan resolusi tanda dan gejala selepas menstruasi.

d) Apa yang pakar perubatan lakukan

- Pertama, doktor akan melakukan pemeriksaan dengan melakukan perabaan pada payudara anda
-Kedua, ultrasound yang dilakukan untuk menentukan samada massa ini benar berisi cairan atau suatu massa solid.
- Ketiga, aspirasi jaum halus dilakukan untuk menghisap cairan kista tersebut. Jika cairan tersebut berwarna kuning, hijau atau kelabu maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan kecuali jika cairan tersebut berisi darah maka pemeriksaan lanjutan harus dilakukan dengan melakukan biopsi kerana ditakutkan suatu kanser payudara.


!!!! Walaupun cairan itu dapat di keluarkan,tidak mustahil benjolan benjolan tersebut akan naik kembali.


Cyst Ovari

Google Image
 Apa itu Ovarian Cyst ?

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/air yangberada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.

Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita muda dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simtom atau gejala. Ia hanya akan disedari apabila sesorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masaalah kesuburan. Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Ovarian Cyst yang normal adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Cyst jenis ini dinamakan sebagai FollicularCyst. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah kerana jika ia tidak pecah, saiznya akan bertambah besar serta membahayakan.

Siapakah yang Berisiko Untuk Mendapat Cyst ?

Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.

Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.

Apakah Simptom atau Gejala Ovarian Cysts ?

Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:

·                     Muntah dan Loya 
·                     Sakit Perut 
·                     Sakit semasa hubungan seks 
·                     Sukar atau kerap kencing 
·                     Rasa perut penuh dan tidak selesa 
·                     Rasa berat pada ari-ari

Adakah Cyst Penyebab Masaalah Ketidak-Suburan ?

Cyst mempunyai pelbagai jenis dan kebanyakkanya tidak menjadi penyebab dan tidak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil. Kebanyakan cyst tidak menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekirangan anda mengalami Endometriosis atau Polycystic Ovaries (PCOS), ia mungkin berkait rapat dengan masaalah kesuburan.

Bagaimana untuk Merawat Cyst ?

Rawatan masaalah cyst bergantung kepada jenis cyst yang dialami oleh pesakit. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk.

Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.


Sumber : http://hairulliza.blogspot.com/  & http://mummyhealthyvitastore.blogspot.com/