Jom Buat Duit!!!!

Thursday, 2 October 2014

Cyst Payudara Dan Ovari

Salam Sayang..

Entry harini nak share sikit pasal Cyst. Semakin ramai golongan ibu and wanita yang menghadapi masalah ini. Aina ni pun tetap risau walaupun sedang hamil. 

Kebanyakkan kes sekarang ni terjadi di ovari & payudara. Jom kita baca info di bawah, apa CYST tu ? Dan makanan yang perlu dicegah.
Breast Cyst/kista payudara


Google Image
a) Ketulan di payudara,jangan ambil remeh

Breast Cyst/kista payudara dalam BM nya. Apakah itu kista payudara yang sebenarnya? Kista payudara adalah sebuah kantung yang berisi cairan pada jaringan payudara. Kista ini sering muncul pada wanita yang berusia diantara 35 tahun sampai usia premenopause dan selalunya menghilang setelah seorang perempuan mengalami menopause kecuali yang mendapatkan terapi hormon.

b) Penyebab terjadi kista payudara/Cyst/Lump


-Kista payudara muncul apabila terjadi pertumbuhan yang berlebihan kelenjar dan jaringan ikat yang menghalang duktus susu menyebabkan duktus berdilatasi dan terisi dengan cairan.
-Perubahan hormon estrogen menyebabkan tubuh seorang wanita menarik lebih banyak cairan sehingga terkumpul di duktus-duktus dalam kelenjar payudara.
- Selain daripada itu,pemakanan yang tinggi lemak juga meningkatkan risiko untuk terjadinya kista payudara kerana sifat lemak adalah menarik air. Lagi banyak lemak yang terkumpul lagi banyak air yang berkumpul. Air ni tak tau mana nak pergi, dia bentuk la kantung berisi air yang kita namakan kista.


c) Apakah tanda dan gejala munculnya kista payudara?


- Pertama, adanya massa yang berpermukaan licin, mudah digerakkan, berbentuk bulat atau lonjong dengan batas yang jelas.
-Kedua, rasa sakit ataupun tegang di dekat kawasan massa payudara tersebut.
-Ketiga, meningkatnya ukuran massa payudara dan ketegangan payudara sebelum menstruasi. Keempat, menurunnya ukuran massa payudara dan resolusi tanda dan gejala selepas menstruasi.

d) Apa yang pakar perubatan lakukan

- Pertama, doktor akan melakukan pemeriksaan dengan melakukan perabaan pada payudara anda
-Kedua, ultrasound yang dilakukan untuk menentukan samada massa ini benar berisi cairan atau suatu massa solid.
- Ketiga, aspirasi jaum halus dilakukan untuk menghisap cairan kista tersebut. Jika cairan tersebut berwarna kuning, hijau atau kelabu maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan kecuali jika cairan tersebut berisi darah maka pemeriksaan lanjutan harus dilakukan dengan melakukan biopsi kerana ditakutkan suatu kanser payudara.


!!!! Walaupun cairan itu dapat di keluarkan,tidak mustahil benjolan benjolan tersebut akan naik kembali.


Cyst Ovari

Google Image
 Apa itu Ovarian Cyst ?

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/air yangberada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.

Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita muda dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simtom atau gejala. Ia hanya akan disedari apabila sesorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masaalah kesuburan. Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Ovarian Cyst yang normal adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Cyst jenis ini dinamakan sebagai FollicularCyst. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah kerana jika ia tidak pecah, saiznya akan bertambah besar serta membahayakan.

Siapakah yang Berisiko Untuk Mendapat Cyst ?

Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.

Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.

Apakah Simptom atau Gejala Ovarian Cysts ?

Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:

·                     Muntah dan Loya 
·                     Sakit Perut 
·                     Sakit semasa hubungan seks 
·                     Sukar atau kerap kencing 
·                     Rasa perut penuh dan tidak selesa 
·                     Rasa berat pada ari-ari

Adakah Cyst Penyebab Masaalah Ketidak-Suburan ?

Cyst mempunyai pelbagai jenis dan kebanyakkanya tidak menjadi penyebab dan tidak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil. Kebanyakan cyst tidak menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekirangan anda mengalami Endometriosis atau Polycystic Ovaries (PCOS), ia mungkin berkait rapat dengan masaalah kesuburan.

Bagaimana untuk Merawat Cyst ?

Rawatan masaalah cyst bergantung kepada jenis cyst yang dialami oleh pesakit. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk.

Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.


Sumber : http://hairulliza.blogspot.com/  & http://mummyhealthyvitastore.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment