Jom Buat Duit!!!!

Wednesday, 18 March 2015

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Salam Sayang..

Harini nak share berita gembira and nak cerita sikit pasal pengalaman bersalin.. Today baru ade masa nak share dekat blog ni.. Sekarang Baby tgh tidur, so blhla nak share story. Maybe ade juga bakal2 ibu yang nak melahirkan and lagi2 1st time pregnancy. Harini hari ke 10 berpantang!!!

Jom start the chronology :

07 March 2015 ( Sabtu ):

Today, mmg plan nak pg KPMC ( Kajang Plaza Medical Center ) cek pregnancy.. Sebab dah rasa contraction yang kerap walaupun xberapa sakit.

Normal la kita rasa risau, sbb pregnancy kali pertama even Aina pernah gugur. Lain ya rasanya. Masa ni hati dah berdebar2 bila fikir pasal bersalin.

Pagi ni Aina & Cocos still blh pergi jalan2 & sempat shopping lagi. sampai la ke petang baru kitorg bertolak pergi KPMC.. Sampai hospital lebih kurang pukul 4.30pm. Doc cek dlm pkul 5.00pm.. Masa tu cek CTG nak dekat satu jam.. Contraction xberapa kuat and xkerap.. So, takde lagi tanda2 nak bersalin. Doc cek VE ( Vagina Examination ), bukaan pon baru 2cm tight.. 

But Aina minta induce sbb tak tahan dah asyik contractions.. Doc cakap ok sebab dah 38 minggu 4 hari masa ni.. Even tekad dgn keputusan debaran masih ada and bertambah2.. So, ptg tu admitted hospital.

Berdebar + excited masa ni.. 

9.00 pm : Doc induce dgn pil.. Pil warna putih sumbat dekat vagina..heee.. Takde rasa sakit pun masa masukkan ubat ni..

10.00 pm : Doc bagi ubat buang air besar.. Lepas masuk ubat tu, xsampai seminit, terkincit2 masuk dlm toilet.. heee

11.30 pm: Contractions makin terasa & kerap tapi still blh tahan & tak berapa sakit.

1.30 pm : Oh kali ni mmg tak tahan sgt and panggil nurse, nurse ambil bawa labor room tapi masih takde bukaan.. Hampa je.. baby tak mahu keluar lagi.. heeee..

08 March 2015 ( Ahad ):

Harini still takde tanda2 lagi nak bersalin.. Sakit malam tadi pun dah hilang.. So, tidur je la.. Kesian Cocos penat die tunggu. Lama2 die pon tumpang tidur atas katil.. Nurse akan dtg cek CTG every half and hour. Cocos terpaksa tumpang katil sekali sbb masa ni kami dekat labor room..heee.. Tak dlm bilik sendri, sbb senang doc nak monitor.

Then pkul 12.00 tghri doc induce kali kedua.. Still pil putih macam semalam.. If tak bukak jugak pukul 3.00pm induce drip.. and mmg sesuatu yang dijangka bukaan masih sama.. and Aina drip pkul 3.00 pm tu.. Lepas induce kali ketiga, masih takde rasa sakit lagi.

Even ade contractions, still blh tahan lagi sakitnya.. Kdg2 je contractions nk cecah 100.. pling tinggi pun 80 je bacaan contractions. Nurse beritahu, kalau nak bersalin, contraction lebih 100.

Start pkul 8.00pm, dah start sakit kuat.. Sakit yang tertahan.. Pedih sgt perut.. And bila refer CTG, contraction mmg sgt kerap and bacaan pun dah cecah 100++

Hanya Allh je yang tahu sakitnya. Alhamdulillah, Cocos sentiasa ade dgn Aina. Thanks hubby..heee

10.30pm: Kali ni mmg betul2 xtahan.. Aina rasa nak terberak sgt.. cepat2 panggil nurse & cek bukaan masih 4 cm.. tak blh nak teran lagi.. So, Aina pun bertahanla..

12.00pm: Tak tertahan dah rasanya, Aina merayu dekat cocos nak ambil epidural.. Mula2 cocos tak bagi,, Tapi die tgok Aina xthn dah..Akhirnya die yang pergi sendri dekat nurse mintak epidural. Then setengah jam lepastu Aina pun disuntik epidural.

Barulah lega & boleh tidur & rehat. Simpan tenaga untuk teran baby nanti. Aina rehat dekat labor room terus lepas suntikan tu.. Senang nurse nak monitor bukaan.

09 March 2015 ( Isnin ):

Tepat pkul 1.45am, bukaan dah 10cm & bersedialah Aina untuk bersalin. Cocos mmg sentiasa ada dgn Aina. Start la kata2 semangat die bagi. Doc n nurse plak tgh ready2 brg untuk bersalin. Push 3 kali baru keluar sikit kepala, then doc vaccum.. Push kali ke 5.. Keluarlah my baby.. Tepat pukul 2.25am.. Besar rupanya.. hahahha...

Lepas bersalin, doc letak baby dekat dada sekejap.. then, nurse ambil & bagi Aina rest. Mmg tak larat dah masa tu..

kenalkan my baby :

Sofea Ros Binti Muhammad Ashraf Amir
Berat : 3.25kg
Tinggi : 51cm
Masa/Tarikh : 2.25am / 09 March 2015

Hilang semua rasa sakit bersalin lepas tgok wajah anak yang dikandung almost 9 months. Lahir la baby Sofea Rose pada usia kandungan 38 minggu 6 hari.

Thursday, 12 March 2015

Photoshoot With The Photolicious ~ Sofea Ros

Salam Sayang..

Ya!!!aku sedang dalam mood berpantang (Hari ke-4), amboi teruja sungguh nak gtaw orang..Hahaha... Alhamdulillah, aku telah pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 9 Mac 2015, di Kajang Plaza Medical Centre. Bayi aku telah diberi nama Sofea Ros Binti Muhammad Ashraf Amir.

Dan tidak dapat dinafikan lagi aku memang teruja dan bersyukur dengan kelahiran ini. Keterujaan aku bermula dari mengandung lagi. Sebab tu la aku buat photoshoot for Sofea Ros. Aku tak nak salahkan siapa2 yang kecam aku psl nak ambil gambar anak ni. Bagi aku, aku nak jadikan ianya memori terindah.

Wajah bayi berubah2 dan aku mmg tekad nak jugak shoot Sofea Ros. So, aku tempah sessi photoshoot dengan team "The Photolicious" yang sememangnya pakar utk photoshoot baby. Then today dorang telah dtg ke rumah aku dan shoot Sofea. Aku kagum dgn hasil kerja dorang. Sangat cekap handle baby. Then as per advise, better shoot masa baby baru2 lagi. Mean mcm skrg Sofea Ros baru 4 hari, so senang dorang nak handle. Salah satu sebabnya, bayi yang baru lahir ni dorang lagi suka tidur. 

Accessories semuanya dorang yang sediakan. Aku just bagi SR je. Hahaha.. Then process pun tak terlalu lama. After habis shoot terus dpt gambar. Adoi!! Sukanya.. Jom layan gambar2 dekat bwh ni.

Photoshoot Sofea Ros ~ 12 Mac 2016

I love u in White dear
Amboi nyenyak sgt.. Xmo senyum..
Masih ingat dekat dlm perut la tu.
Eh eh.. senyum kambing pulak die.
Rasa nak gomol2
Fesyen macam baby tarzan.
Nak angkat takbir ke syg.. 
ke tutup telinga. Sebab ramai org bersorak tepi2 ni.
Lawanya anak dare ni.
Bukak pun mata. Kan cantik. 
Mimpi ape tu? Indah sgt ke?
Yezza..Konsert dah bermula. Meh bagi susu dlu.
A..........aaaaaaa Hahhaaha.. Tutup mulut la nanti msuk lalat.
Muka Sedey dapat pakai crown kain. Nak GOLD Mommy.
Hello Sedari.. Saya ni tak rabun lagi. Tu haaa.. Mommy saya yang rabun.
Ok bagi saya fikir dulu be like.. Hahhaa
Mulut tu dah stanby nak menjerit.
Really?? Dah habis shoot??
Sorry la.. Tergemuk pulak dlm ni. Hello, i baru 4 hari lepas beranak.
Wan Ros & Sofea Ros

Sila jgn komen pasal perut. Hahhaha
Aku bagi 10 bintang dengan hasil kerja dorang. Soft copy dorang akan bagi terus. Cuma Frame gambar & buku album je kena tunggu. Once siap, dorang akan call.

Last but not least, Thank you Team The Photolicious!!!

Love,
Aina Ma'at

Thursday, 5 March 2015

Best Books During My Pregnancy

Salam Sayang... 

Sementara tunggu baby nak keluar ni.. Aina nak share sikit apa yang Aina bace sepanjang tempoh kehamilan ni.. Selain Al-Quran ( Itu wajib, walaupun bukan hari2).

Membaca buku2 tentang kehamilan, Keibuan and sewaktu dgnnya amat penting ya.. Selain google2 dlm tenet.. Ianya sebagai persediaan kelak.. Sekurang2nya kite dah ada sedikit ilmu didada.. 

Contohnya apa yang perlu dilakukan ketika hamil, menunggu kelahiran, berpantang & lain2.. Sedikit sebanyak bacaan dan perkongsian dr buku dan internet akan membantu.

Antara majalh & buku2 yang Aina baca sepanjang tempoh kehamilan adalah.. jeng.. jeng.. jeng.. heeee

1) Majalah Pa&Ma



Memang tiap2 bulan Aina akan beli majalah ini.. Bacaan yang santai, colorful & byk info la.. Tiap2 bulan ade je info2 menarik yang dipaparkan.. Sesuai utk bakal ibu, ibu2 or isteri2.. Golongan bapak2 pun boleh baca..

Harga pun mampu milik la.. sgt2 berbaloi.. If rajin, byk jgk peraduan dlm tu.. mana tahu ade rezeki anak kan??

1) Life's Na.. Na,, Na ( By Nana Mahazan )

Buku ni mmg terbaik.. Nipis tapi padat dgn info2.. Ibu ini hasil nukilan dr Nana Mahazan.. Ala penyanyi AF dlu tu.. Ingat x? Mula tertarik dgn Nana bila Aina start follow Instagram die.. Die byk share pasal life die & anak2 as WIFE & MOTHER.. Since that, Aina ikuti semua perkembangan die..

Cara die menguruskan rumah tangga & anak2 buat Aina tertarik.. Simple je but sgt2 terbaik!! Then, terbit plak buku die yang pertama.. Mmg Aina xlepaskan peluang nak beli..

Buku ni sangat santai & ringkas ayat die..So, sgt senang nak paham & xbosan.. Rasa macam Nana membebel je depan kita.. Dlm buku ni Nana share life die as a Mother & Wife..

Dari kehamilan, Berpantang, Cara nak kurus balik, and ade jgk ayat2 yang sgt motivated bakal2 ibu.. Lagi2 kali pertama nak bergelar ibu ni.. Try la beli & baca.. Memang sgt membantu & Menaikkan semangat..


1) Ibu Bijak Anak Bahagia ( Norashikin Hashim )

Ibu ni pun bagus & serba lengkap.. Sgt sesuai utk ibu2 malah para bapa.. Ibu ini tentang dunia kanak2 & utk mendalami lebih lagi ilmu2 baru yang berkaitan perkembangan anak2 pada zaman moden ini.. Sememangnya skrg adalah zaman yang sgt mencabar dlm mendidik & membentuk nilai murni dlm diri anak2..

Ibu ini terhasil dr pengalaman penulis ini taw,, so, syok skit berdasarkan kisah benar & pengalaman sendri.. 

Buku ini ade byk bab2 dan tajuk2 menarik.. Dan kebanyakkannya ade hadis2 yang menyokong & untuk rujukan kita bersama.. InshaAllah ianya berlandaskan syariat islam.


Itu sahaja yang dapat Aina kongsi.. Masa membaca takde sgt sbb sibuk dgn kerja lagi.. Tidur lagi.. Makan.. tidur balik.. Hahaha.. 

Bahan bacaan lain, Aina byk cari di internet & di blog2 yang berkaitan. Dan tidak lupa bertukar2 pandangan & pendapat dgn org2 lama & yang lebih berpengalaman.. Tak salah byk bertanya, supaya tidak sesat jalan.. Heee..

Ok la bakal ibu2 & dah pun bergelar ibu.. Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak membantu ya..

If nak bertukar2 pendapat or nak share buku2 yang menarik.. Boleh share di ruangan komen.

TQ




Tuesday, 3 March 2015

Diary Of My First Pregnancy ~ Check Up Kehamilan 38 Minggu

Salam Sayang..

Semalam Aina gtaw today g check up kan?? Ok bukaan masih 1 cm and mmg xde peluang nak beranak lagi.. Sedih :(

Contraction mmg dah kerap & perut selalu je mengeras, tapi baby blm nak keluar lagi.. Aina doa beranak cepat sbb nak jalan pun dah xlarat.. Sakit2 celah kelangkang tu.. Mlm tak leh tdo sbb bila baby gerak, Aina sakit.. Maybe sebab perut kecik & nipis, baby tade space nak mengeliat & bergerak2.. Apepun, Alhamdulillah baby sihat walafiat dlm perut ni..

Tanda2 berat mcm pecah air ketuban or keluar darah mmg takde lagi.. yang selalu terjadi hanya la, mild contraction ( contraction y masih boleh tahan ), perut selalu kejang & mengeras, Pedih & sakit bahagian bwh perut ( mcm ade bnde nak keluar ), Kerap kencing, Sakit belakang...

Orang cakap tu tanda2 ringan nak bersalin.. Perut Aina pun dah kebwh, sbb rmi yang tegur.. Hopefully cepat la keluar ya nak.. Aina dah start cuti ni.. Unpaid leave sampai bersalin.. mmg tak larat nak pergi opis & pk byk bnde... 

Anak Aina ni syok pulak ddk dlm perut.. ye la ddk dlm perut blh mkn sedap2 ye tak? nanti dah keluar dpt minum susu je.. hihihi.. Try mintak dgn doc nak berank cepat, boleh.. tapi doc x recommend la.. Sbb ibu and baby takde masalah.. Boleh pun maybe induce & if xde bukaan.. operate la gamaknya.. Doc suggest better keluar naturally..

But Doc ttp bagi surat refer hospital.. Doc ckp if private die layan.. But if bagi dekat gov, die buat bodo je.. Aina mmg plan nak bersalin dekat private.. KPMC .. but Cocos kate pergi hospital hari Jumaat je ( 6 March 2015 ). So, tak pyhla die amik byk cuti t.. Ikut je la Labu.. hahhaha...

Kepada semua doakanla Aina dipercepatkan & Dipermudahkan bersalin ya.. Amin.. TQ










Monday, 2 March 2015

Diary Of My First Pregnancy ~ Bermulanya Sakit Contraction Ketika Hamil

Salam Sayang dr Aina untuk semua..

Aina pun tak tahu contraction tu mcm mana rasanya.. Ada yang cakap mcm senggugut tapi lagi sakit, perut mengeras la.. Pinggang sakit la.. Macam2 version ya..

Almaklumla, lain org lain rasanya.. Sama jugak mcm beranak, ade y senang, ade y ssh sikit, mcm2 la.. So, nak dipendekkan cerita, Perut Aina dah start rasa kejang & mengeras ketika usia kandungan 35 minggu.. Masa ni contraction still blh thn and xkerap.. satu jam or setgh jam sekali. Masih boleh berjalan2, pergi kerja & makan dgn selera..

17 February 2015 ( 36 minggu )

Start ni mmg xleh tdo malam dah.. Perut selalu mengeras dan kdg2 rasa pedih.. Mengeras kdg2 sampai Aina sesak nafas.. Mula la tukar2 position, sekejap kanan, kiri, depan, ddk & berdiri.. Penat btol.. hihi.. Pengalaman ni yang berharga sebenarnya.. Kebetulan harini ade check up and Aina cerita dekat doc.. Cek2 baby normal & semua ok.. Maybe dah start "Braxton Hiks "... 

Tapi even sakit mcmtu, Aina still blh tahan lagi,, Tu maknanya belum nak beranak lagi.. Doc cakap if betul2 nak beranak, contraction kan dtg 5 minit sekali or kerap... Masa ni if berjalan, dekat bwh tu dah rasa ngilu2 & sakit sikit.. Tu maknanya kepala baby dah kt bwh.. Tapi belum masanya lagi ya baby..heee

24 February 2015 ( 37 minggu )

Today check up lagi.. Kali ni mmg nekad ckp dekat doc nak beranak jgk.. Tak thn dah rasanya.. Sakit pinggang, perut dah start sakit2.. Jln pun dah tak betul.. Bwh perut ni rasa berdenyut2 je..

Apa2 pun that day cek dlu mcm biasa, HB, urine semua normal. So, doc cek baby pon ok,.. Then pada harini jugakla, pengalaman pertama kena seluk sbb nak cek jalan ( VE ). Sakit jugakla, tapi sakit yang masih boleh tahan.. Cek2 baru bukak lebih kurang 1 cm.. So, doc tak blh lagi refer hospital utk beranak.. Kurang2 pun 3 cm baru blh refer hospital.

Hampa sekejap masa tu.. tapi takpela, yang penting baby aktif and normal lagi gerakannya. Aina dah start cuti harini.. Ambil Unpaid leave.. Bukan cuti bersalin.. Cocos pun tak kisah.. Lagi bagus, Aina blh rehat2 dekat rumah ni.. Heee

2 March 2015

Hari ni ddk rumah je.. Basuh baju,,kemas bilik.. dan buat la apa2 yang patut.. Start mlm td.. Pinggang rasa sakit sgt.. Perut mengeras & rasa nak muntah menahannya.. tapi Aina try rileks & tarik nafas panjang2 and lepas perlahan2.. Alhamdulillah sakit kurang.. Cakap2 dekat baby, if nak keluar, keluar la sayang.. But lagi ok tunggu esok.. Sbb esok dah genap 38 minggu..

Mlm ni Alhamdulillah, Aina blh tidur walaupun tak selena Cocos tidur.. Tapi dpt jugakla lelapkan mata kalau nak banding kan dengan malam2 yang lain...

Pagi2 bangun & siapkan baju kerja Cocos mcm biasa. Kali ni breakfast berat sikit.. Sosej English Breakfast + telur dadar kasih sejati..Hihihi.. Selalu mcm cereal dgn susu je.. Al maklumla dah cuti ni, masa lebih sikit nak layan suami,, hihihi..

Lepas Cocos dah pergi kerja, Aina pun mandi mcm biasa.. And then masa je air cecah kepala.. Perut memulas2 and bwh perut berdenyut2 sakit mcm ade bnde menolak & nak keluar.. Lama jgk la, aina terbehenti nak mandi.. Terduduk menahan sakit,, Masa tu Cocos dah pg kerja plak tu.. Aina try rileks & bernafas dgn tenang..lama2 ok.. Alhamdulillah.. Buat cuak je baby mommy ni..heeee

Esok next check up for 38 weeks ( 03 March 2015 ).. Hopefully dah ade bukaan la.. Amin...