Jom Buat Duit!!!!

Sunday, 16 August 2015

Barbeque Bersama Keluarga – Penutup Syawal 2015


Assalamualaikum..

Syawal bakal menutup tirainya. Hari ni adalah syawal terakhir bagi tahun 2015. Banyak kenangan syawal yang telah di abadikan. Terima Kasih Syawal dan Ramadhan. Semoga kita akan berjumpa lagi pada tahun2 seterusnya. Amin..

Waktu perayaan ini la keluarga dapat berkumpul dan berborak mengenai banyak perkara. Seronok kan? So, akhir syawal kali ini, kami buat BBQ untuk family. Tak pernah buat and this is first time buat. Dari penyediaan bahan and sos even tempat bakar, kami buat sendiri.


Haha..mcm2 dugaan tapi hasilnya memuaskan walaupun ade kekurangan. Kami buat simple2 je, panggil family terdekat dan jiran2. Ala2 open house, tapi kecil-kecilan. Aku pulak tak banyak sgt tolong sebab ade Sofea ni ha. Kuat merengek sekarang, maybe tgh tumbuh gigi kot. Badan die tak berapa selesa.

Inilah die ketua BBQ - Sufi Hakim ( Adik Ipar )
Tempat bakar kt atas tu benda paling payah nak buat. 3 kali eksperimen baru boleh berdiri kukuh dan mantap.. Hehe.. Ok next year beli je y dah siap tu.. Senang.. tak payah bakar pakai arang.. Heee

Yang ni pulak, hasil tangan aku 100%

Kasi close up sikit sbb AKU BUAT kan?? hahaha

Banyak lagi sebenarnya juadah dan dessert, tapi seketul Sofea byk nangis so, dpt pic2 yang mcmni je la.. Itu pun dah kire ok kan?

Yang ni pun buat hasil tangan ahli keluarga - Corn flakes milo
Yang atas ni resepi asal dari biras aku. Tapi buat ramai2. Sorang gentel lah, buat koko lah dan aku yang bahagian last iaitu masukkan dalam cup. hehe.. Ok la kan daripada tak tolong langsung.

Wah tiba2 rasa lapar pulak
Makanan BBQ kami - Daging Kambing, daging lembu, Ikan keli, Chicken Wing and sotong. Ok la tu kan? Next time kita buat byk lagi menu k.

Inilah die hasil tangan bile dah dihidang di luar ya 
Eh Spotted ketupat palas lah.. Hihi.. Ketupat beli ya, kami2 ni belum expert lagi nak buat ketupat jenis ni. Selalu raya pun pakai ketupat adabi je.. heee.. Buah-Buahan tempatan + Oversea tu pun aku yang decorate.. hahaha..

Tuan Tanah dan Seketul Sofea
Untuk akhirnya, meh belanja gambar aku dan seketul Sofea yang kepenatan. Ini lah sahaja gambar yang sempat di ambil sebelum seketul ini kembali meraung.. Ehh..
Walaupun kami sekeluarga kepenatan sikit, tapi we enjoy that moment a lot!!! i Love u family.

Love, 
Aina

No comments:

Post a Comment