Jom Buat Duit!!!!

Wednesday, 12 August 2015

Beraye Ke Penang Pulak!!

Assalamualaikum.

Last entry aku ade share beraya di Sekinchan kan? So, entry kali ni seperti yang di janjikan, aku nak share pulak pasal beraya di Penang. Raya ke dua kami dah gerak ke Penang. Beraya sebelah saudara mara Cocos pulak.

Walaupun hati tak puas lagi duduk kampung, tapi kena la jugak ikut suami kan?? Takpelah, hari lain boleh balik kampung lagi. Raya ke dua gerak lewat sikit, selepas Zohor, so, pagi tu aku sempat lagi ikut baraan perempuan. Dapat lah 4, 5 rumah bertandang.

Sedih je mak dan bapak tengok aku balik. Aku tahu dorang tak puas lagi nak manje2 dengan aku dan Sofea.. Cewaahh.. mcm la ko ni anak kesayangan Aina oiii... Sebelum gerak balik, snap picture byk2 dengan adik beradik. Lagi2 Sofea.. Kebetulan, aku ade belikan satu baju ni sama dengan anak buah. So, saje la shoot gambar Sofea pakai baju sama dengan sepupu die.

Sofea Ros + Nurdini Batrisyia
Ini lah baju yang aku belikan untuk Sofea and Dini. Sofea 4 bulan mase ni and dini 11 bulan. Hopefully dorang akan jadi best friend dan tiada sengketa. Payah betul nak snap pic dorang ni. Susah betul nak suruh pandang kamera.


Haaa.. Akhirnya dapat jugak gambar yang keduanya pandang depan. Itu pun bukan pandang kamera. Pandang Cocos dekat tepi tu.. Hai la anak2.. Heee

Sofea dengan auntie yeyen - Akak ipar aku ni
Sepanjang perjalanan ke Pulau Pinang sgtlah jem ya.. Gerak pkul 1.30 petang sampai pukul 8.00 malam. Mahu kematu jugaklah punggung ni. Alhamdulillah Sofea tak meragam dalam kereta dan banyak tidur. Kadang2 ade jugaklah nangis. tapi lepas bagi susu, senyap dan tidur balik.

Lenanya anak mommy tidur.. mmmuuuaaahhh
Sampai2 je kitorang terus check in hotel dan mandi. Keluarga mertua dah sampai awal sikit dari kitorang. Malam tu keluar makan dan balik hotel terus tidur. Esok paginya (raya ketiga) baru kami start beraya rumah sedare mare area Pulau Pinang ni.

Macam biasa, sebelum gerak beraya kami ambil family photo dulu dekat lobi hotel. yang kelakarnya sama pulak warna baju kitorang dengan sofa dekat lobi tu. Amboi, memang sedondon betul la pagi tu.

Tak paham lah, tangan Cocos tu nak peluk ke tepok?? hahaha
Yezzzaaa, tema kami tahun ni peach ya. Mommy yang pilih warna tahun ni. Sofea mcm biasa akan berkepit dengan Wan die. 


Seronoknyer Sofea bergambar dengan Aki dan Wan ya. Gelak tak sudah2. Sofea pun aku buatkan baju kurung jugak. Baju kurung moden ya.. heee


Yang pasti baju anak mestilah sama dengan mommy die. betul tak? Sofea boleh pakai baju ni sampai petang, itu bermakna baju ni memang selesa ya. Tempah dengan kawan aku dekat area Shah Alam. Jahitan memang kemas dan selesa.


Ini Sofea bergambar dengan Pak Su die (Adik Cocos yang bongsu). Amboi muke monyok je Sofea. Ngantuk sangat dah Sofea masa ni. Masuk kereta je terus tidur.

Raya ke empat dah balik KL dah. tak lama pun stay Penang. Habis melawat saudara mara balik la. hihi.. 

Meh la share korang punyer pengalaman raya macam mane?? Mesti lagi syok kan?

K la sampai sini dulu entry kali ni.. mmmuuaaahhh...

Love,
Aina

No comments:

Post a Comment