Jom Buat Duit!!!!

Tuesday, 25 August 2015

Grease Cheese Steak

Assalamualaikum..

Amboi lama rasanya tak update pasal tempat makan. Semenjak dah ade seketul Sofea ni, tak dan dah nak snap picture. Sebab.... kebanyakan masa makan sambil pegang dia.. hee..

So, today nak share dengan korang salah satu tempat makan yang hipster ni. Banyak lagi kedai hipster area Shah Alam ni, Grease adalah salah satu daripadanya.

Speciality Grease is more to western food and pasta. Ada jugak burger dan lain2. Hihi.. Aku memang recommended la tempat ni. Dalam kedai die pun hipster habis. Hahaha.. 

Signboard die pun dah nampak hipster belum dalam die lagi. Buat orang tak sabar nak tengok apa yang berada di dalam.

Salah satu bahagian dalaman yang unik. Berada di satu sudut dalam kedai ni. Oh ya, ini model tak berbayar ya. Walaubagaimana pun, gambar ni nampak cantik dengan kehadiran model ni.. cewaaahhh...

Close up sikit.. Oh.. Tetiba teringat zaman kanak2 dulu suka tgok cerita "Ghostbusters".. Terimbau kenangan sekejap.

Ini bukan gambar spontan aku ye, sebab aku tahu kawan aku nak tangkap gambar belakang ni. Dan semestinya aku lah yang suruh. Tapi entiti blur dekat belakang tu spontan ya. Hai la kawan, rosak la gambar ni sebab entiti blur kau.

Sudut yang ni dekat dengan pintu masuk. Setelah aku meneliti satu persatu dalam kedai ni, frame die semuanya cerita lama2 zaman aku kecik2 dlu. Ye, yang Superman tu sekarang pun ade, tapi poster die susah taw nak cari yang macam ni. 

Macam kedai2 lain la. Mesti minuman sampai dulu. Aku minum ice lemon tea je, so tak payah la tunjuk dalam ni. Korang pun mesti dah biasa tengok. Disebabkan dia sorang ni minum air lain, so aku selit lah dalam blog aku ni. Grease ade jual TEH BOTOL ya!!! Yummy.....

Makanan pertama dah sampai, milik si peminum teh botol tadi. Yang ni "Spaghetti Aglio Olio" .. Sedap dap dap.. suke presentation die letak dalam bekas besi ni.

"Chicken Wing" die terbaik!!Highly recommended.. Satu pinggan ni korang boleh habiskan sorang. Pedas die, garing die, rasa die semua cukup sempurna.. Next time nak order banyak2 pinggan..

Ini pulak "loaded pasta" .. Yang ini pun sedap.. Adui pening mak.. makanan die semua sedap2 belaka.. Nasib baik aku tak order semua dalam menu dekat Grease ni.

Amboi tak sabar2 melantak ye kau. Mentang2 makanan aku sampai lambat. Muka terpaksa diganti dengan icon yang lebih comel. Hahha..

Yezza.. Makanan aku lambat sampai tapi memang puas hati. Ala tak la lambat sangat, beza 3 minit je dari makanan kawan2 aku ni. Ini lah dia "Spaghetti Meatball". Biasalah yang sedap tu selalunya lambat. ehh.. yeke??

Rasanya macam nak makan lagi dekat sini esok.. Jom.. heee.. Korang kalau nak pergi meh sini aku bagi alamat:-

GREASE
1-10-1 Presint Alam,
Persiaran Akuatik, Seksyen 13,
40000 Shah Alam, Selangor.

Landmark : Tesco Seksyen 13, Laman Seri

Senang je lagi2 orang shah alam. Kalau korang bukan orang Shah Alam, ape susah... Pakai Waze je la.. heee


Ini permandangan sebelum korang masuk kedai. Tapi aku tangkap gambar ni masa nak balik. Bila tengok balik gambar ni, rasa tak nak balik pulak.. hahaha.. alamak kantoi ade entiti dekat cermin pintu tengah ambil gambar.. Sorry korang!!!

Ok la korang, nanti bila2 aku pergi tempat makan yang best, aku share lagi ya..

Love, 
Aina

1 comment:

  1. Thanks admin for sharing. Good entry kali ni. Makanan pun nampak sedap and menarik. i should try this cafe soon. Anyway, free2 jemput datang ke blog i untuk info2 kekal fit dan slim.

    >>> Slim & Fit Semulajadi!<<<

    ReplyDelete