Jom Buat Duit!!!!

Tuesday, 11 August 2015

Hari Raya 2015 ~ Raya Belah Bini..Sekinchan

Assalamualaikum. 

Today dah pun 26 syawal. Amboi cepat betul masa berlalu dan baru hari ni la aku dapat share story hari raya 2015 bersama keluarga. Sama seperti tahun lepas, aku beraya bersama suami, keluarga dan keluarga sebelah mertua. Bezanya tahun ni ada Sofea Ros dan beraya sebelah family aku...extra seronok tahun ni.

Persiapan sederhana je, tapi lebih sikit dari tahun lepas. Tahun lepas baju 2 pasang, tahun ni up lagi 1.. 3 pasang. Dah tak ghairah sangat nak shopping baju sendiri. Apa2 hal memang anak di utamakan. Baju die pun dah semakin membiak dalam almari tu. Nampak gaya macam kena beli almari baru je.

Ok berbalik cerita raya kite tadi ya. Tahun ni cuti lama sikit, sebab nak melawat semua sanak saudara dari timur sampai utara. Cewaaahhh.. Hakikatnya sebab taska Sofea tutup lama.. wawawa.. L Ok jugak la, bukan selalu jumpe saudara mara kan? So, bolehla lepak2 lama sikit dekat kg.

Rabu 15 julai 2015 : Dua hari sebelum raya aku dan Cocos dah cuti dan decide balik kampong haritu jugak. Hati girang sangat bile cik abg ajak balik kampung awal. Before balik, sempat lagi penuhkan pendrive dengan lagu2 raya. Then yang paling lemah masa nak packing baju, adoii lemah semangat mak nak oi.. Barang2 Sofea je dah 2 beg, barang aku 2 beg (beg baju and keperluan wanita) J. So, 5 brg kot nak kena ready. Mujur lah barang cocos satu beg je.

Sampai Sekinchan memang tepat2 waktu berbuka. Dari Putrajaya mmg pagi, tapi byk sgt persinggahan. Biasa lah barang asyik tak cukup je.

Khamis 16 julai 2015 (SEKINCHAN) : Wehuu.. Masa ni satu rumah wajah gembira dan bertenaga. Sebab esok raya kan? Walaupun malam baru ade pengumuman. Tapi dengan konfiden adik2 cakap “confirm esok raya kak, selalu betul je dekat calendar”

Pagi2 lagi ayah dan abg dah pergi pasar beli ayam, daging dan keperluan untuk masak. Dah memang tradisi keluarga aku, sehari sebelum raya kami akan masak juadah raya dan bertukar2 makanan dengan saudara mara.

Tengahari kami dah mula memasak. Kaum adam potong ayam dan daging. Kali pertama Cocos rasa kemeriahan di kampung. Kaum hawa pula potong bawang dan sediakan bahan2 kering untuk memasak. Seperti biasa master chef adalah mak tercinta. Rasa masakan ibu tiada tandingan.. hehehehe

Ketua Gotong-Royong tahun ni

Ini pula co-chef - Die ni agak pakar juge dalam masakan

Malam tu masing2 ddk depan TV nak dgr pengumuman raya dan ternyata tepat jangkaan adik2 aku. Esok confirm raya. Perasaan gembira dan sedih pun ade masa itu. Lepas je pengumuman aku dan kakak terus ready masukkan kuih dalam balang, hias ruang tamu, susun gelas, pasang langsir.

Malam itu rasa meriah sgt, sebab abg2 pasang pelita, adik2 dan anak buah main bunga api dekat laman.. Dah macam dalam iklan raya la pulak. Aku rasa bersyukur dan gembira dengan permandangan indah di depan mata bersama keluarga tercinta. Disebabkan esok raya, aku dan adik beradik tak nak tidur awal2. Kami manfaatkan masa yang ada untuk tengok movie sama2. Adik bongsu berlagak nak tengok cerita “insidious”, dah pesan jangan tengok. Degil!! Tak pasal2 malam nak kencing dan berak suruh mak teman. Adui la adik2..

Jumaat 17 julai 2015 (SEKINCHAN): Masing2 bangun awal harini. Mandi awal dan bersiap untuk sembahyang raya. Nampak riak ceria di wajah mak dan bapak pagi tu sebab tahun ni semua adik beradik berkumpul. Juadah pulak, banyak sangat sampai tak ingat dah menu nak list2 kan satu2. Mak ade 7 orang anak dan semua kegemaran kami mak masakkan. Terima kasih mak.

Tahun ni tema merah ( 1st Raya) - Susah betul nak dapat gambar yang proper
Habis je sembahyang raya, kami sekeluarga berkumpul  dekat rumah dan bersalam-salaman antara kami. Air mata, gelak ketawa mewarnai pagi hari raya. Lepas lap2 air mate, cepat2 pergi rumah atuk pulak, tiap2 tahun mesti kami sedare mare, cucu cicit akan pergi rumah atuk pagi2 raya pertama.

Suasana rumah atuk - Sofea Ros tidoqqqq
Kaum adam tak boleh lepak lama sgt rumah atuk sebab, raya pertama ade baraan dari rumah ke rumah. Raya kedua nanti baraan untuk kaum hawa jugak. Tahun ni jugak merupakan pengalaman pertama cocos ikut baraan.. Hihihi.. Makan sampai kembung la sayang oi.

Habis baraan lebih kurang pukul 7 petang. Cocos kate seronok tapi letih sikit. Sofea Ros pula, asyik tidur je hari ni.. Letih masak rendang kot semalam.

Tidur2 pun duit raya tetap ade ya..

Aku harap Raya korang tahun ni meriah dan gembira la ya.. Saling bermaafan sesama saudara. Buang jauh perasaan negatif semasa saudara dan jangan lupe ziarah-menziarahi.. amboi macam lagu raya pulak.

Ok la korang sampai sini je kot cerita berhari raya de Sekinchan. Next Entry kite story raya dekat Penang pula ya.. Bye2

Love,
Aina



No comments:

Post a Comment