Jom Buat Duit!!!!

Thursday, 13 August 2015

Kehidupan Aku Sebagai Seorang Ibu yang Berkerjaya dan “Fully Breastfeeding”

Assalamualaikum. 

Gambar Sumber Dari Google
Tajuk kali ini agak menarik bagi ibu2 ataupun bakal ibu . Aku nak share pengalaman menjadi seorang ibu yang full time breastfeeding to Sofea. Memang sebelum Sofea lahir, aku memang berniat fully BF untuk my baby. Alhamdulillah Allah S.W.T tunaikan hajat. Aku berharap agar niat murni aku ni tercapai sampai Sofea Ros berumur 2 tahun.

Masuk harini dah 5 bulan 4 hari aku berjaya susukan Sofea ‘Full’ breastfeed. Alhamdulillah. Bagi aku nak full BF fizikal dan mental kena kuat. Macam2 dugaan dan cabaran sepanjang 5 bulan ni. Baru 5 bulan, belum 2 tahun lagi. Aku berharap akan terus bertahan dan cekal demi Sofea tersayang.

Memang tak dinafikan cabaran agak tinggi lagi2 ibu yang berkerjaya. Letih bekerja dan letih dekat rumah pulak. Ye la, balik rumah bukan boleh terus mandi, makan, dan rehat. Anak mesti aku tengok dulu. Aku selalu sampai rumah dari opis dalam pukul 7.30 petang. Masa tu Sofea dah dekat rumah. FIL aku dah ambil dulu dari taska.

Macam2 nak kena cek. Beg taska die, Beg susu die, pampers die dan macam2 lah. Pernah jugak aku rasa down tapi Alhamdulillah Cocos byk membantu dan bagi sokongan. TQ sayang.. Cewah...

Segala yang ku korbankan hanyalah untuk mu ANAK
So, Entry kali ni aku nak share sikit jadual aku sebagai seorang ibu.. Kalau rasa baik dan boleh di jadikan rujukan, Alhamdulillah.

Mengurus masa amat penting ya. Sebab banyak benda yang diluar jangkaan akan berlaku dan apabila ianya berlaku dan korang semua tak ready, memang keadaan akan jadi kelam kelibut.. Emm betul ke ayat aku tu?? Ok la kot, janji korang faham kan?

Gambar Sumber Dari Google
Ini adalah jadual aku setiap hari di hari bekerja: (Weekdays)

** Pagi

Aku akan bangun pagi seawal pukul 6am. Aku tak suka kelam kabut dan serabut. Nanti aku akan jadi moody if buat benda last minute. Lepas mandi dan solat aku akan pam susu dulu – Sesi pertama . Then aku akan make sure barang2 Sofea dan barang aku dah ready. Tinggal Cocos angkat masuk kereta je.

Sofea aku akan hantar taska sekali masa kami nak pergi kerja. Sebab satu jalan je. Lagipun taska dekat dengan rumah.

** Pagi , tengahari dan petang (di opis)

If aku tak sempat breakfast dekat rumah, aku akan makan di opis. Even lambat sekali pun aku tak kan skip sarapan pagi. Minum air kene cukup, kalau tak macam mane nak hasilkan susu, betul tak?

Sesi Kedua mengepam dekat opis pukul 10.00 am . Tempoh masa setiap kali mengepam adalah 20 minit. Selalunya aku akan dapat 8oz sesi pagi. Kalau bertuah can go to 10oz.

Sesi ketiga selalunya after lunch, dalam pukul 2.30 pm. Yang ni selalunya aku akan dapat dalam 6oz, then if lucky that day can go to 8oz. Selalunya sesi kedua, tak sebanyak sesi pertama.

Sesi keempat aku akan pam sebelum balik kerja. Dalam pkul 6.30pm gitu. If tak sempat pam di opis, aku akan pam dalam kereta. Kali ni kebiasaannya aku akan dapat 5oz.
Tipu lah if aku akan dapat byk setiap kali mengepam.. Ade jugak pasang surutnya. Ada satu masa tu dapat 3oz je. Tapi tetap syukur. Ade jugak rezeki untuk Sofea. Yang penting jgn putus asa.

Jadual mengepam kena konsisten walau pun ibu2 semua sibuk bekerja. Lagi kerap anda pam, lagi banyak penghasilan susu badan. Kena sentiasa positif dan tetap ceria ya.

** Malam sampai awal pagi

Sampai rumah layan Sofea dlu, selalu mase ni die memang tunggu aku balik kerja. Nak minum susu fresh.. hahaha.. Then Cocos akan mandi2 dan bersiap2. Lepastu die plak layan Sofea aku plak mandi dan bersiap. Sembahyang sendiri. In case masa itu Sofea tidur, kami akan berjemaah.

Makan malam wajib kena bersama2. Sofea letak dekat dalam stroller baby. Kadang2 die ok then aku boleh makan dengan tenang. Kalau sampai masa meragam, aku dengan Cocos kena bergilir2 makan.

Aku akan mulakan rutin membasuh botol2 Sofea yang bawak taska tadi dan basuh jugak peralatan mengepam aku. Memang selalu aku yang basuh. Pernah jugak Cocos tolong basuh, itu pun kalau emergency sahaja. Aku prefer aku yang basuh sebab aku ni tak yakin sgt org lain boleh basuh sebersih aku.. hahahha.. Statement tak boleh bla la kau ni Aina.

Lepas settle, aku aku pam susu sesi kelima di malam hari. Cocos akan jaga Sofea sampai aku settle. Thanks hubby. Sokongan dari suami juga merupakan faktor yang penting ya. Bagi lah semangat sikit dekat isteri tu..

Lepas settle semua, aku akan tidurkan tidurkan Sofea. Bacakan buku cerita, nyanyi2 sikit dan menyusu. Tidur ke tak,its depend kepada keadaan. Kalau masa die meragam, pukul 1 or 2 pagi pun belum tentu die tidur. So, layan kan je la sampai die tidur.

Then dalam pukul 3 pagi, aku akan mengepam utk sesi keenam. Sesi yang ni selalu dapat byk. Waktu antara 12.00tgh mlm ke 6.00am adalah waktu yang baik kalau nak mengepam.

Begitula jadual kehidupan aku di hari biasa. Kena la disiplin kalau korang betul2 nak fully breastfeed dan untuk memastikan stok susu sentiasa ada dan mencukupi untuk bayi anda. Kronologi dekat atas tak lah fix ya. Ade juga berubah2 mengikut keadaan. Aku bagi point yang penting je.

Oh ye, untuk weekend pulak, jadual mengepam masih sama. Mungkin kan berubah sikit if aku keluar jalan2 or travelling. Pam sentiasa akan aku bawa. Ade mase terluang dalam kereta, aku akan pam.

So, korang ibu2 yang dah bekerja tu mesti ade pengalaman yang lagi menarik kan? Meh la share2.. Xpun letak link blog korang dekat komen. Sama-sama boleh tambah ilmu.

Ok la korang, sampai sini dlu aku bebel ya. See ya !!

Love,

Aina

No comments:

Post a Comment