Jom Buat Duit!!!!

Sunday, 27 September 2015

Cotton Craft Shah Alam

Assalamualaikum..

Amboi sekejap je dah penghujung bulan September 2015. Masa berlalu cepat sgt and Sofea Ros pun nak masuk 7 Bulan. Oh bukan.. Entry kali ni bukan nak cerita pasal Sofea Ros, tapi berkenaan tempat makan yang best dekat Shah Alam.

Bukan setakat makanan je yang superb, dalam kedai pun superb.. Gabungan warna yang sgt cantik bagi aku ( seorang perempuan).. Cewaahhh...

Area yang sama dengan “The Grease”. Refer entry ni for “The Grease” . Tak dapat dinafikan yang Shah Alam adalah tempat yang banyak tempat makan best2. Makin banyak pulak kedai2 ala2 hipster bak cendawan tumbuh selepas hujan. Alamak, sorry la if punch line tak jadi.. hehehe..



Bukak je pintu masuk, anda akan nmpk deco ini. oi oi.. My favorite color.. Lembut je dan sedap mata memandang. Meal box tu la tempat makanan yang dah siap.. Cute kan??


Unik kan? Anak sapelah yang pandai sgt melukis ni.. Geram akk tengok.. Kalau la dekat rumah boleh conteng2 mcmni kan syokkk.. Heee..


Bila duduk dan makan dalam suasana yang comel mcmni.. Rasa makan tgh makan dekat cafe di oversea je.. Ce ce poyo je aku ni.. Tapi serius nampak bersih je kedai ni.. Memang kombinasi warna yang tepat!!


Order terus dekat kaunter then make a payment. Bayar dlu baru makan. Memang style luar negara. Bagus2.. 


Deco atas meja. Setiap meja mempunyai lukisan yang berlainan. So cute kan?? walaupun tu rumput fake.. tapi tetap nampak real di mata ku.. Amboi!!


Kena paksa teman makan. Ok la tu dik.. Ini adik dekat opis.. Ok la tu kan, one day kami travel settle kerja, ini lah reward die.. Makan tempat sedap2..


Chicken chop die terbaik.. Ranyup dan sedap.. Bawah die ade mash potato u olls.. Memang kenyang!! 


Gambar tuan tanah tak boleh lupe u olls.. Yes!! tea is my kegemaran. Semenjak selepas bersalin ni dah jadi hantu tea. Tak kisahla ice lemon tea ke, tea peach ke, green tea ke.. Semua aku bedal yang penting ade tea!!!


Yabedabedu!! Grill Chicken ni pun sedap!! bawah tu mcm puding potato.. sos die membuatkan aku jatuh cinta dengan hidangan ini.. cewahh!! Aku bab makan2 ni memang tak berkira, yang penting memuaskan hati. Makan sedap2 ni untuk Sofea Ros jugak. Susu badan jadi enak dan eksklusif.. Hihihi.. Alasan ni selalu bagi dekat cocos.. So, hari2 boleh makan sedap2.. Cocos kalau pasal Sofea Ros semua OK!!


Yezza.. aku peminat coklat.. Come to mama bebeh... Kek ni dah hampir separuh aku makan.. Sedap sgt sampai lupe nak snap pic. Tak sure nama dessert ni.. Tapi yang pasti kek coklat dan ice cream coklat. Cara hidangan : Dorang akan pnskan kek dlm ketuhar then letak ice cream. Perghh!! memang terangkat.. u olls should try this...

Apa tunggu lagi pergi la serbu kedai ni. Dekat seksyen 13 je.. Area Tesco Extra tu.. Tak tahu jugak. Meh aku bagi alamat & korang pandai2 la waze ya..

Alamat: 2-01-1, Presint Alami, 40000,, Jalan Akuatik, Shah Alam, Selangor, Malaysia

Dah bagi alamat.. Jom la pergi ramai2.. Okla hari minggu mcmni nak g jalan2 dengan Sofea Ros. Dah janji harini nak bawak mandi kolam..

Love,
Aina Ma'at

No comments:

Post a Comment