Jom Buat Duit!!!!

Tuesday, 13 October 2015

Majlis Doa Selamat & Aqiqah Sofea Ros

Assalamulaikum..

Amboi umur anak nak masuk 8 bulan baru nak update pasal Majlis Doa Selamat & Aqiqah Sofea Ros. Minta maaf la anak oi.. Mommy kamu ni sentiasa busy..hehe..

Majlis aku buat sederhana je tapi Alhamdulillah meriah. Terima kasih aku ucapkan buat keluarga dan rakan2 yang banyak membantu dalam menjayakan majlis. Persiapan semua buat last minit. Tapi Alhamdulillah.. Majlis berjalan lancar.

Majlis pun takde tema. Baju family pun pakai bebas. Baju Sofea Ros je aku beli special sikit. Tak sempat dah nak tempah. Beli je senang. Banyak je baju siap yang lawa2 and cute2. Aku nak beli gaun purple, dah pegang dah pun. Tapi Cocos plak nak Sofea pakai off white. Dah berlaku jelingan tajam aku kt Cocos... So, nak puaskan hati dua2.. Kami decide beli je dua2 color tu.. Pagi sampai tghri Sofea pakai white. Petang pakai purple.. Yesss!!! baru la adil.

Baju Sofea beli dekat Lovely Lace.. Untuk pakaian kanak2. banyak pilihan gaun, headband and mcm2 lagi untuk anak2.. Rambang mata dibuatnya. Tempat mcm biasa la Alamanda,Putrajaya.. Shopping Mall favourite Cocos dr bercinta sampai la kahwin. Die kate senang, dekat dgn rumah.. Semua ade situ, tak payah pening2.. Ok redho je la sebagai seorg isteri.. Heee

Haa.. Inilah penampilan Sofea Ros haritu.. Semua putih.. Ok lah tu bagi Sofea nampak mcm pengantin sikit. Tersenyum puas Cocos anak pakai putih.. Behave je Sofea duduk dlm tu.. tema pelamin aku buat lain skit. Tak mahu la asik buaian je.. Buat rare sikit la.. 

Masa majlis ni Sofea baru 3 bulan setengah, so pakai mitten lagi.. Kerja nak menggaru muka je, habis la muka tu calar balar. Headband ni pun beli dekat Lovely Lace. Aku yang pilih. Saje beli yang ade bunga besar.. Hahaha..

Inilah die pelamin Sofea Ros.. Simple je tapi aku puas hati sgt2.. Gambar Sofea tu aku saje letak situ tambah decoration.. Hihi..Model2 atas pelamin tu semua anak buah. Dlu melayan anak buah je, sekarang ade anak sendiri pulak. Rasa mcm cepat je masa berlalu.

Yezza.. masa ni muka nampak bulat lagi. tgn pun nampak berisi. Sekarang dah back to normal mcm sebelum mengandung & bersalin. Nanti aku share rahsianya.. Amboi.. hehe.. Benda baik, mestilah kena share ye tak?

Family potret yang berjaya dirakam.. Emm Sofea,, awak seorang je yang nampak lain dlm gambar ni.. Ini lah best shoot taw.. Hai la anak.. heee.. Aku pun tak tahu apa motif tgn aku buat mcm tu.. hahah.. nampak kaku di sane..

Lama jugaklah nak tenangkan Sofea ni. Masa ni die dah letih melayan tetamu. Ini sebelum gambar diatas berjaya diambil ya. Sekali bukak mulut menangis, jiran sebelah pun boleh dengar daaa...

Yang ni aku belanja korang close up sikit pelamin Sofea. end of this entry aku bagi details dekat mana aku tempah ni ye.. Tunggu..Hihi.. Boleh lah bagi ilham dekat korg yang nak buat majlis nanti. InshaAllah.. Harga amat2 berpatutan.

Ini antara geng2 surau mak mertua aku.. terima kasih ya datin2 puan semua kerana sudi hadir memeriahkan majlis Sofea ros. Terutama kepada mak mertua yang banyak membantu dr segi tenaga dan sebagainya. Yeee aku mmg tertidur dlm gambar ni..

Hai la anak dara sorang ni.. Cair hati mommy tgok senyuman awak. hihi mcm nenek dah awak ni bile takde gigi..

Gembira sgt awak haritu Sofea Ros. Masa ni SR tgh spend time dgn camera-women.. kak idayu hawa. Ni kak Ayu pegang la kot sebab happy semacam. SR ni memang ramah dgn org.

Penat sgt dah SR masa ni.. Penat, ngantuk, nak susu.. semua lah tak kena. Tu muka monyok je tu.. Ala siannyer die ni..

Bersama abg2 sado. Amboi SR terus diam ye dpt bergambar dgn abg2 sado ni.. Bagus2..

With Aki & Wan Ros.. Akhirnya dpt pun gambar yang almost perfect sub SR behave dan takde gerak2. Syabas kpd photographer.

With My best friend family. Watie.... (Pakai dress hiram plus kuning). She is my best friend in the world. Dia ni dah macam akk aku sendiri.

The best moment. Bagus pandai tutup mulut sendiri bila menguap ya. Good job SR.

Antara tetamu terawal yang hadir. Thanks hanisa & family. Comel je husna sedondon dgn mommy ya..

Ehem2.. Baiknyer 2 org ni ddk dlm ni ya.. ni seminit je bahave.. Minit kedua, SR keluar penumbuk daa dekat Arshad. Sabar ya Arshad, org perempuan ni mmg kurang sabar sikit.

Amboi SR ramai boboi la lawat die.. Thanks kawan2.. Mak2 plak sibuk nak jadi besan. Hahhaha...

Overall majlis berjalan lancar Alhamdulillah & meriah.. SR jadi artis satu haritu. Her Big Day la katekan..

Ok tadi dah janji nak beritahu details pelamin SR kan? So, kepada yang nak pelamin berendoi yang cantik dan lain dari yang lain, Sila bace ni:

Instagram : @kidsystudio
Contact No : 012-3430732 (Wan)


Untuk Photographer pulak, ini details :

Contact No : 017-3194557 (Idayu Hawa)
Facebook : Idayu Hawa

Ok tu je la nk share apa yg berlaku. see yaaaaaa...

Love,
Aina Ma'at

No comments:

Post a Comment