Jom Buat Duit!!!!

Friday, 5 February 2016

Tips Banyakkan Susu Ibu Yang Berkesan

Salam Sayang..

Lamanya la tangan ni tak menaip untuk update blog.. Sorry la ye.. Harini nak share sikit pasal tips banyakkan susu ibu..

Alhamdulillah, Sofea Ros dah pun berusia 11 bulan dan masih lagi full breastfeed. Setakat hari ni InshaAllah stok mencukupi untuk sampai ke 2 tahun. Memang dah tekad nak susukan Sofea Ros sampai 2 tahun.

Tak senang nak ketahap ini dan aku pun tak tahu mungkin ade cabaran lain sementara nak sampai 2 tahun nanti. Walaupun stok banyak, tapi Allah je yang tahu apa akan jadi pada masa akan datang dan aku masih mengepam hari2, diopis mahupun dirumah.

Ok jom aku share sikit apa yang aku amalkan untuk maintain penghasilan susu ibu :-

1) Minum Air Suam 
Kau kena jugak paksa diri minum air byk2. Ini dah la malas minum air, tapi asik megeluh je susu xde la, x byk la.. Memang la tak byk, kalau ko tak byk minum air. Kalau ko jenis tak suke minum air, cepat2 ingat dekat anak.

2) Makan Banyak Sayuran & Buah-buahan
* Contoh sayuran : Brokoli, Bayam, Carrot, Sayuran Hijau lain. ( Bende ni wajib tiap2 hari aku makan dengan nasi).

* Contoh Buah-buahan : Epal, Anggur Hitam, Buah Naga, Durian.
Notes: Salah satu milk booster aku adalah durian. Kalau ptg tu makan, konpem malam tu cadar basah sbb susu byk keluar. Lepas makan durian, kena minum byk air.

3) Kerap Mengepam
Maksud kerap, tak la sepanjang masa kau kena pam susu.. Cuma kena konsisten la jadual mengepam kau tu.. Macam aku if dekat opis : 10.00am, after lunch 2.30pm & before balik 5.30pm. Malam pulak lepas Sofea Ros menyusu aku akan pam.

Kalau cuti lari sikit jadual mcm dekat opis sbb aku akan direct feeding Sofea Ros. Kalau die tidur aku akan pam.

Makin kerap kau kosongkan tetek, makin banyak susu kau. TRUST ME...

4) Avoid Junkfood & Fast Food
Bukan lah xboleh makan, tapi kalau boleh jarangkan. Macam aku ade jugak makan fast food. Tapi setakat ni sebulan due kali je paling kerap pun.

Sebab Fast food & junk food ni byk MSG ( Serbuk Perasa ) - Ini jugak salah satu faktor kurangnya susu dan kualiti susu pun jadi tak bagus. betul tak? So, kena la berkorban sikit untuk anak2. Makanla makanan yang sihat2 tu lebih2 sikit.

5) Makan Kurma & Air Delima
YES!! yang ni amat2 disarankan. Lagipun kurma kan makanan sunnah Nabi. Cara aku makan kurma, Pagi 2 bijik dan malam sebelum tidur 2 bijik. Jus delima aku akan bancuh dan minum mcm biasa je bila2 masa aku suka. Tak pyh susah2 dah nak blender bagai nak buat jus delima. Ade yang kordial punya tu, bancuh je senang. Konpem kalau kau amalkan, anak jadi berseri2 gitu.. Termasuk mak die.. hihi

6) Selalu Tengok Gambar/ Muka Anak
Kalau yang ni aku selalu buat masa mengepam susu. Kalau dekat opis, sambil pam aku akan bukak handphone tengok gambar2 Sofea Ros and Video2 die. Hormon kegembiraan akan berlaku dan penghasilan susu ibu juga semakin meningkat.. Ceewwwaaahhh... Bermadah pulak. Tapi betul la wei, aku dah try dan mostly berjaya. 

If dekat rumah, aku akan pam sebelah Sofea Ros.. Tgok muka die puas2.. ciyom2 skit. Niat dlm hati biar byk susu nak bagi die minum dan membesar dengan baik. InshaAllah susu akan byk keluar.

SUPPLEMEN

Aku memang takde makan apa2 supplemen. Aku ni penakut sikit. Sebab Aku takut ade kesan jangka panjang. So, aku lebih suka makan yang semulajadi je. Jimat pun jimat. Yang penting usaha, mindset dan ketabahan korang semua nak susu kan anak. Positif.. Positif dan positif.

Haaa itu je la aku nak share dengan korang. Harap membantu la ye. Simple je pun tips aku ni. Bagi banyak2 pun bukan korang buat semua pun. hahahha..

Ok bye semue.

Love, 
Aina Ma'at

No comments:

Post a Comment