Jom Buat Duit!!!!

Saturday, 19 March 2016

1st Birthday Sofea Ros

Salam Sayang...

9 March 2015 ~ 9 March 2016 - Maka genaplah setahun aku melahirkan SR. Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Seperti ibu bapa yang lain, Aku & Cocos teruja untuk menyambut ulang tahun kelahiran SR.

Dan ya kami telah pun menyambutnya dalam suasana yang sederhana. Tetamu di kalangan keluarga dan kawan2 rapat. Persiapan pun aku buat last minute dan kebanyakkannya buat sendiri. Majlis diadakan pada 13 March 2016. Kebetulan buat sekali Majlis kesyukuran untuk anak saudara.

First photo of the day..
Baju mommy : Minaz
Pada hari majlis SR agak moody dan asyik menangis je. Badan pun suam2 sikit. Kebarangkalian kerana nak tumbuh gigi sebab aku perasan ade 2 geraham nak keluar. Bertabahlah wahai anak. Yang penting tetap kena maintain ayu gitu..

Berpeluh jugaklah nak amik mood SR ni
Hari majlis merupakan hari yang agak mencabar bg aku. Mana nak layan tetamu, nak melayan SR lagi. Selalunya SR ni suka je if ada orang dtg layan die. That day, dengan sesiapa pun tak nak. Asyik nak berkepit je dengan aku.

Tak tahu nak describe - Ini happy ke pe??
Iklan kodomo lion boleh ni..

Punyalah susah nak ambil gambar bertiga ni. Cocos sibuk melayan tetamu. Almaklumlah tuan rumah. Ni pun dah petang giler baru dapat tangkap cocos. Payah beno..

Tak nak jalan sendiri.. Nak dukung je.
Kaftan Baby : @sofearos_signature
Decoration table buat sendiri.. Belum letak kek lagi.. Letak awal2 nanti bersemut.. Hahhaah
Lapik Meja, tempat cup cake : @somethingborrowedbynawal
Yummeh.. Terbayang2 rasa donat ni..
Mini Donut : The house of mini (Dpulze,Cyberjaya)
Suke budak ade benda2 ni semua..
Topi,belon,trompet,mainan semua : GM Klang
Jeng Jeng Jeng.. Dalam byk dessert.. Yang ni paling eksklusif.. Sebab aku buat sendiri
Cucuk cupcake : GM Klang
Ni pon sedap.. Rasanya sama kiut macam size die..
Cup Cake : The House of Mini (Dpulze,Cyberjaya)
Bekas : @somethingborrowedbynawal
Kacau adik die NO.1.. Ini lah anak saudara yang buat sekali kenduri..
Cake : @bakingbrother

Kek ni aku tempah untuk birthday Cocos. Anak beranak ni birthday selang sehari je. SR 09/03, Cocos 10/03.. Kena adil kan?kang ade pulak yang merajuk. Muncung sedepa, tak mau makan, tak mau senyum.. Semua lah tak mau.. hihi..
Siap!! Simple je.. tapi aku puas hati.
Fresh Flower : Market Kajang
Yang ni pulak kek SR. Rasa macaron die 10 bintang aku bagi.
Sofea Ros Birthday kek: @wahdi_le.chouette.macaron
Mata tu tuju kek je.. Awak bukan boleh makan pon.
Yay!! Wyeeda Yahya dtg bersama menantu.. Fayyadh si hensem boy.
Bila mak-mak ni berborak.. Yang ni serius candid..
SR nanti dlm sampul tu share dgn mommy taw 
Depan orang kemain SR ni.. Tak mau makan makanan kenduri. Nak jugak strawberi die ni.
Fayyadh be like: Ape da pompuan ni dari tadi melalak je..
Headband mcm SR pakai ni include sekali pakej Kaftan Baby by @sofearos_signature
 
Main benda ni senyap pulak. Tu pun sekejap je.. Boring menangis balik.
Terpaksa potong kek dalam rumah. Dekat luar rumah hujan lebat.
Gegerl team. Mak2 & Mak Cik2 over posing. Anak2 takde perasaan.
Main suap2 pon ade yang jeles. Tu la org soh kawen cepat, tak nak...
Sessi bergosip sedare mare..
Suap tak ikhlas. Kalau dapat strawberi ni.. Memang tak lah die nak share dengan orang lain.
Goodbye kiss from Fayyadh. Nak balik dah.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga & kawan2. Kerana sudi dtg dan memeriahkan majlis SR kali ni. Next time ade rezeki, kita buat makan2 lagi ya. Doakan yang baik2 akan berlaku. Amin..

Love,
Aina Ma'at


No comments:

Post a Comment