Jom Buat Duit!!!!

Wednesday, 9 March 2016

Anniversary Yang Ke Dua ~ Ashraf & Aina (08 Mac 2016)

Salam Sayang..

Pejam celik dah 2 tahun aku kahwin bersama jejaka paling hensem dalam dunia.. Eh silap, ke dua.. Yang pertama mestila ayah ku yang tercinta. Sorry Cocos.

ANNIVERSARY DAY ~ 8 MAC 2016

So, mcm biasa masa ni semua busy dan masing2 kerja. Dalam perjalanan nak pergi kerja dengarlah radio dan sebut pasal MH370. Dah dua tahun kehilangan pesawat tu dan sampai sekarang tiada khabar berita. 

Tup tup terus teringat today is our anniversary. Hahahaha.. Ok lah malam ni celebrate. Teringat masa hari bersanding tu kecoh pasal hilang MH370. Isu hangat la mase tu. Even dekat radio & televisyen pun bercerita perkara yang sama.

Hari ni dekat opis macam biasa je, tak lah gembira sebab anniversary. Kerja perlu diteruskan. Masa 1st anniversary memang takde celebrate pun sebab aku dekat labour room tgh berjuang nak lahirkan Sofea Ros. Then SR lahir the next day 9th March 2015. And yang bestnya birthday Cocos the next day after SR, 10th March.

Harini aku pam susu dengan gembiranya. Then disebabkan kegembiraan tersebut. Aku telah melabel susu2 dgn tarikh keramat dan nota.

Rasa sayang nak bagi SR minum.. Nak suruh die minum sikit2..
This day belilah kek and flower sebagai syarat. Disebabkan hari bekerja, kami xde pon decide nak g candle light dinner or pape yang romantic. Kami sambut dlm bilik je dengan SR sambil tengok balik video kahwin. Tengok sama2 dgn SR. Then i think, dgn cara mcmni pun dah puas hati dan lagi bermakna.
Yes!! Teruja dengan bentuk kek ni..
Daddy + Mommy = Sofea Ros
Disebabkan kami sambut malam hari dan dirumah pulak tu, memang tak lah nak pakai baju lawa2 and the snap picture. Then we decide just letak gambar family disamping kek dan bunga je. Hahaha..

Ros merah lambang membaranya cinta.. cewahhh..
Bunga ni sempena nama Sofea Ros jugak.. So, mmg kena ade.
Yang ni bagi la peluang dekat Daddy & Mommy je..
09 Mac 2016

Kemain ko ye tuan blog.
Disebabkan aku dan cocos bukanlah hantu kek, kami tak makan pun kek tu semalam. Lagipun dah malam. Tekak tak boleh nak terima makan kek malam2. So, aku decide la bawak opis. Confirm habis punyalah.

Snap Snap dlu sebelum potong.. Aduyai, syg nak potong sbb cute sgt.
Oh ye, 9 Mac ni kan birthday sofea juga. So, ade jugaklah peristiwa yang berlaku pada harini. Takpe yang tu aku cerita next entry ya. Anyway, diharap korang semua dapat mendoakan rumah tangga kami berkekalan & bahagia bersama anak-anak hingga ke Syurga.. Aminnn

Notes: Anak2.. Wah, ade rancangan tambah lagi ke?? Hihi..

Love,
Aina Ma'at

No comments:

Post a Comment