Jom Buat Duit!!!!

Tuesday, 1 March 2016

Roseola infantum - Timbul Bintik-Bintik Merah

Salam Sayang...

Harini nak share pengalaman Sofea Ros mengalami "Roseola Infantum". First time masa aku dengar ni memang tak paham langsung. Takpe meh sini aku share sikit pengalaman pasal bnda ini.

"Roseola Infantum": 
  • Roseola adalah salah satu perkara biasa penyakit viral ringan yang memberi kesan kepada kanak-kanak berusia antara enam bulan dan tiga tahun.
  • Denda, menaikkan, ruam kulit merah dan suhu yang tinggi boleh bertahan dari beberapa jam hingga tiga hingga lima hari.
  • Ruam kadang-kadang boleh dikelirukan dengan campak atau rubella.
  • Masalah utama yang mungkin berlaku akibat daripada roseola adalah risiko sawan demam dicetuskan oleh demam.
  • Pilihan rawatan termasuk banyak cecair, paracetamol, rehat dan penjagaan di rumah.


Sofea Ros Cucuk 1 Bulan

Macam mak2 yang lain, aku ade bawak SR untuk cucuk sebulan. Masa ni SR xde demam and condition normal. Ok je. Alhamdulillah.. 

Sofea Ros Cucuk 3 Bulan

Cerita bermula di sini.. Jeng Jeng Jeng.. Masa sehari selepas injection SR ok je. After 3 Days mula naik bintik merah. Awalnya just bintik kecil2 dan aku rasa bnda ni normal. But Bintik2 ni bertukar menjadi Spot merah yang merebak ke seluruh badan.

Cucuk 3 Bulan, SR ambil injection tambahan PCV (Pneumococcal) & Rotavirus.  PCV ni vaksin untuk melindungi drpd 13 jenis bakteria pneumococcal yg boleh mengakibatkan jangkitan kpd otak, darah, paru-paru dan telinga tengah. Bakteria ni biase ditemui dalam saluran pernafasan dan disebarkan melalui batuk dan bersin. 

PCV ni agak kontroversi sebab vaksin ni hanya utk 10-13 penyakit shj. Tp sebenarnye ade beratus penyakit pneumococcal. Sesetengah berpendapat berbaloi ke bayar mahal sekadar vaksin utk 10-13 penyakit je. Ade yg rs berbaloi dan ade yg rs tak berbaloi. Ade juga berpendapat, segala penyakit boleh dihindari hanya dengan susu ibu tanpa apa2 vaksin tambahan. EVERYTHING IN YOUR HANDS.




Ini masa mula2 nak jadi - Kecil2 je merah2 -
Gambar ni masa SR dekat taska ( Pagi ).. Ticer bagi but masa ni masih stabil. Takde demam pun.Tapi jujur ya even ticer ckp still ok tapi hati ni gelisah je. Nak buat kerja pun tak tenang.

Bermula episode nangis2 tak berhenti
Gambar yang ke dua ni, ticer hantar tengahari dah. Masa ni SR dah mula meragam, nangis tak berhenti2.. Bagi susu pun muntah balik. OK masa ni tiada alasan terus ckp dengan bos nak balik awal sikit. Tak tenang dik Non.. Tengok muka anak macam ni.. Siap ade bintik tepi pipi (Baby dah ade jerawat) hahaha..


Selang 10 minit ticer hantar gambar ni.. Ya Allah, tak tergambar dah perasaan ni.. Mesti SR tgh sakit skrg.. Cepat2 call Cocos ajak ambil SR. Dalam kepala otak cakap sorang "SR kena demam campak kot".. Hahaha.. Terus jump to the conclusion.


Alahai anak sedihnya bila teringat masa-masa ini. Tak tertanggung mommy tgok awak SR. Dah macam tomato dah muka SR. Sorry ya masa ni mommy tergelak sikit. Balik2 je rumah, suhu badan tinggi sikit. Nak kearah demam. But panas still under control.


Aku terus bukak semua baju termasuk la diaper die. Baru la nampak selesa. Lepas bukak baju SR mmg betul2 terkejut dan rasa kasihan dekat die. BE STRONG MY GIRL!!! Tapi mase ni SR takde meragam or nangis2, so Cocos ckp hold dlu pergi klinik.. Tgok perkembangan SR mcmne.


Lap2 sikit badan SR and letak towel basah sbb badan die makin panas. Tapi suhu tak turun2. Malam tu jugak la pergi hospital. Malam tu 2 hospital kami pergi. KPJ KAJANG - Doc pakar tade malam tu, then even nak warded pun katil untuk kanak-kanak dah penuh. Then kami pergi tempat lain - KPMC : Jumpe jugak doctor, tapi bukan pakar. Doctor untuk pesakit luar. Bile dengar je penjelasan beliau, meremang bulu roma aku.

Aku cerita la, baru lepas injection beberapa hari lepas, then lepastu badan ade suam2 skit and then timbul pulak merah2. Then doctor tu cakap bahaya ni, tak pernah lagi baby merah2 macam ni. Lagipun kecik lagi ni. Then die pun bagi ubat tahan gatal.

Tapi cocos dan aku tak berani nak bagi, sebab memikirkan SR baby lagi. Takut ubat tu tak sesuai untuk die. Then after that, kami decide balik rmh la dlu sbb if continue pergi hospital lain pun maybe takde pakar. Lagi pun SR still aktif dan kuat menyusu.

Pagi tu kami decide untuk pergi Prince Court. Cakap dengan Cocos : Mesti mahal kan nanti bb yuran die. Cocos cakap : takpela mahal sikit, janji kita puas hati dengan jawapan doctor tu. Lagipun kita ni 1st time and maybe ade knowledge yang kite perlu tahu, Better tanya yang betul2 pakar. Ok la cocos oii.. i ikut jek.. huhu..


Muka otw nak ke prince court. Ni masuk hari ke dua la merah2 macamni.. Sayu je hati seorang ibu tgok anak die mcmni.


Tapi still resah gelisah jugak SR mase ni. Badan tak sedap, so tidur pun tak berapa nak lena. Asal celik mate je merengek. Masa ni, macam jauh sgt je prince court tu.


Ni masa tunggu giliran untuk pendaftaran. Ramai jugak orang masa ni. Tapi before kami nak register tu, orang kaunter tu dah gtaw awal2 katil untuk baby dah penuh. So, takpela aku pun tak cadang nak warded. Kalau blh balik lagi bagus.

Lepas register, nurse panggil untuk timbang berat dan cek suhu. Berat ok dan SR demam sikit mase tu. Lepas 15 mnt masuk bilik doctor, tapi bukan pakar kanak-kanak. But tengok cara penerangan die, memang die biasa handle kes macam ni. Die tanya kami samaada nak ambil darah or tak untuk kepastian. Takut2 anak kena denggi. Buat seriously bukan campak. Die pun call2 doctor lain untuk reference. Semua cakap normal if baby lepas demam and injection.

Mula2 cocos tak bagi ambil darah sebab kesian dekat SR, aku ni ha yang degil nak jugak ambil darah. Aku ni jenis selagi tak nampak bukti, susah nak percaya. Cocos pun ikutkan je la. Lagi pun die yang nak pegang SR masa ambil darah nanti.

But dekat PC, parent tak boleh masuk prosedur, so kami tunggu luar la. Tak sampai seminit dengar SR jerit kuat giler. Macam sakit sangat. Aku terus ikut jugak menangis. hihi.. Sorry hati i mmg lembut macam jelly. Hahahaha..

Gambar lepas ambil darah.. Olololo...
Kesian die, dah la muka memang bengkak. Tambah bengkak lagi la SR lepas nangis. Sorry dear. Lepas ambil darah doctor minta kami jumpe pakar kanak-kanak Dr.Choy. Masuk je bilik die, die senyum2 je. Macam tahu masalah kitorg. Die pun tanya few question:

1) Baby hantar taska ke?
2) Baru lepas demam ke?
3) Minum susu ape?

Ade lagi few question tapi tak ingat.

Aku ni terus cakap : Saya rasa anak saya alergic sbb injection. Ke die ni tak boleh kena inject.

Doctor cakap tak lah. Ini mungkin disebabkan virus. Virus ni selalu serang bayi di bawah umur 1 tahun. Suppose bayi 6 bulan yang selalu kena, tapi SR 3 bulan. Salah satu faktor sebab SR kami hantar di usia yang sangat muda ke taska. So, terdedah kepada jangkitan dan virus dari bayi lain. Then yang bintik2 merah tu berlaku sebab perubahan suhu badan. Ye la before ni kan SR ade demam lepas kena enjit tu. So, bila die kebah bintik2 ni akan naik.

Then akan hilang dalam tempoh 5 ke 6 hari. Doctor sarankan baby kena banyak rehat dan pastikan minum susu. Doctor cakap condition SR ok and lebih lagi die minum susu ibu. So, don worry. Maybe salah satu faktor sbb SR alergic salah satu injection, maybe rotavirus. But jarang berlaku. Aku mmg puas hati dengan penjelasan doktor.

Mungkin ade lagi yang aku tertinggal sbb bnde ni dah lama. Baru hari ni nak update dalam blog. Itu pun sebab terjumpa gambar2 SR yang ni dekat phone lama. Apa salahnya share kan? Pasti ade ibu2 dekat luar sane yang mengalami benda yang sama. Lepas inject je anak keluar bintik2 merah. Aku akui SR ade alergic sikit lepas injection, but takpela janji die imun untuk penyakit2 lain yang berbahaya. InshaAllah. Dengan izin Allah.

Then after a week, SR pulih sepenuhnya. Tanpa ubat2tan. Cuma bagi die minum susu ibu sahaja. Begitu hebat ciptaan Allah.

Sofea Ros Cucuk 6 Bulan

Cucuk kali ini pun ade keluar bintik2 jugak tapi tak seteruk enjit 3 bulan. Mula-mula ingat tak nak bawak pergi klinik, tapi Cocos nak jugak try tanya opinion lain. So, kami decide pergi "Klinik Adek" di Syeksyen 9. Kami tengok review sangat ok dan very recommended.


Nampak juga bintik-bintik die. Tapi kecil-kecil dan SR demam jugak but under control. Even sakit, SR still kuat susu dan makan. So, kurang risau.. hahaha..


Ini gambar dekat. Masa ni fikir SR kena cacar, ke demam campak ke. Persoalan yang sama macam kes SR cucuk 3 bulan. But Cocos cakap ini macam ruam. Masa gaduh2 pasal ni, kami tak jumpa doktor lagi. So, masing2 nak jadik doktor la.. hihihi


On the way nak ke klinik, sampai tertidur. Masa ni lemah sikit, so masuk kereta, bagi susu dan SR trus tidur.

Ok pasal kes ni, Doktor pun cakap benda yang sama dengan DR CHUA ( Prince Court). Ini sejenis ruam yang selalunya timbul after baby baik demam. Just monitor the temperature. Masa ni lega sikit dan kitorg pun pergi makan KFC... Eh.. hahaha..

Itu je la nak share hari ni.. gambar2 di atas masa SR umur 3 bulan dan 6 bulan.

Love,
Aina Ma'at

3 comments:

  1. Masa procedure di pcmc sepattnya parent boleh ikut sekali...
    SOP baru kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? Tak pasti la pulak sbb first time datang PCMC. Then parent xbagi masuk..

      Delete
  2. Anak i pun allergic injection.. lepas inject pneumoccocal terus demam lepas kebah naik bintik bintik merah. Memang confius antara ruam atau campak. Plan nak ambil rotavirus tapi risau dia allergic lagi

    ReplyDelete