Jom Buat Duit!!!!

Monday, 30 May 2016

Jamu Serbuk Asli Tradisional

Salam Sayang..

Hye semua.. Amboi lama betul tak update blog. Ok hari ni nak update pasal jamu. Terima kasih kepada pembaca terutama ibu2 sekalian. Entry ni aku buat sebab ramai yang tanya aku pasal jamu apa yang aku amalkan semasa berpantang dan sekarang. 

Aku tak beli jamu2 yang berada di pasaran skrg. Jamu2 semua nenek yang provide dari pilis, param, jamu makan dan air kunyit. Air kunyit dan jamu serbuk memang dah makan dari zaman anak dara lagi. Tak berani nak makan kapsul2 tu. Takut..

Hari ini aku buat entry ni, aku dah pun jual banyak kepada rakan blog, rakan facebook dan sahabat handai. Mula2 nak jual suka2 je dekat rakan terdekat, tapi disebabkan permintaan tinggi, aku decide share dekat blog ni la.

Meh sini baca aku nak share apa kebaikan jamu serbuk tradisional ni. Jamu Asli Tradisional  adalah hasil gabungan akar2 kayu tradisional yang diadun menjadi minuman dari zaman moyang cicit sepupu sepapat semualah. Kami sekeluarga amalan pemakanan jamu sehingga ke hari ini. Khasiat die, untuk membantu lelaki dan wanita menjaga kesihatan tubuh badan luaran dan dalaman terutamanya.

Antara ramuan yang nenek aku beritahu, manjakani, kayu serapat, daun cina, kacip fatimah dan lain2 lagi herba terpilih. Jamu Asli Tradisional ni berlainan dari jamu2 yang berada di pasaran. Sebab apa die lain? Sebab nenek aku buat sendiri ( Hand made ) la orang jawa cakap. Hahahaha.. 100% bahan asli dan tiada langsung bahan penyawet.

Semua customer aku yang order, aku akan amalkan order, then bayar dan aku gtaw nenek aku soh buat. So, customer akan dapat fresh2.. hihi.. Jamu ini boleh diamalkan oleh semua lapisan masyarakat.

Ramuan Yang Digunakan.. 

Sini aku share khasiat dalam point, senang sikit nak bace:

* Melancarkan peredaran darah
* Meningkatkan metabolisme badan
* Menyegarkan badan letih lesu
* Membuang angin dlm badan
* Mengeratkan hubungan intim suami isteri
* Melangsingkan badan
* Membuang air berlebihan dalam badan
* Melegakan keputihan
* Melancarkan kitaran haid
* Menambahkan cengkeman vagina

KHAS UNTUK WANITA - SILA BACA DI BAWAH

- Menambahkan keserian wajah kerana jamu ini dapat membantu supaya urat saraf kite berfungsi dengan baik,
- Mengetatkan Vagina
- Menambahkan susu badan bagi yang menyusui anak
- Melangsingkan badan dengan kadar segera bagi wanita yang dlm pantang/lepas bersalin.

Cara Pengambilan:

2 sudu teh - Campur dengan air suam2 sikit dan minum. 
2 kali sehari - sekali pagi before breakfast. Sekali sebelum tidur.
*** If puasa boleh ambil sebelum sahur. Biar badan cerdas dan bertenaga!!!!

Note: Nak minum sekali sehari pun boleh.... :)

Harga
100 Gram : RM35.00


Follow Instagram : @jamuaslitradisional

Love, 
Aina Ma'at

Sunday, 1 May 2016

Ulser Mulut Pada Mulut Anak Bawah 2 Tahun | Kesian Sofea Ros

Salam Sayang..

Ulser? hampir semua orang pernah mengalaminya kan? kalau berlaku dekat kalangan dewasa itu mungkin normal. Tapi berlaku dekat baby bawah 2 tahun.. Pilu sangat rasa hati.

Itu yang terjadi dekat Sofea bulan lepas. "Mommy so sorry sofea, mungkin ade mommy terlepas pandang. Sebak mommy tengok awak tak blh mengusu, makan dan aktif". 

Before hari kejadian mmg tek perasan pon ade ulser dlm mulut sofea. Sbb die mengusu semua macam biasa, tapi kuantiti kurang. Dalam hati mungkin sebab sofea kenyang. Then malam2 asyik merengek je. Yang paling ketara mase nak BRUSH teeth, melalak mcm sakit sgt je gosok gigi tu. Sorry syg, mase tu mommy tak perasan ade ulser dlm mulut.

Pagi kejadian baru aku perasan ade ulser dlm mulut, bukan sikit2 mcm kita selalu kena tu.. Tapi byk Ya Allah, atas lidah, tepi pipi, bawah bibir.. mengalir air mate weiiii... Kesian sgt dekat baby.. Pagi tu aku tak pergi kerja, terus bawak sofea pergi hospital. Hospital terdekat mase tu KPJ Selangor (dekat dgn office). Mase tu non stop awak menangis. Aku nak bagi susu pon sofea refuse. Maybe sbb sakit sgt dlm mulut tu.

13 APRIL 2016 - 1 TAHUN 1 BULAN

Mase ni OTW nak pergi kerja.. Kena ambil EL dan bwk Sofea pergi KPJ

Sofea admitted dekat KPJ Selangor sbb doctor nak monitor. Nak bawak balik boleh, tapi kesian lah malam2 nanti nangis2 je. Before maghrib, bwk sofea jalan2 dekat lobby hospital sbb die dah boring ddk dlm bilik je dari pagi.

Takde playground, main dekat kerusi urut pon bolehlah sofea.

Malam pulak die dah start menangis

Malam pertama dekat hospital mmg sofea asyik menangis je. Sampai aku ni buntu tak tahu nak buat apa. Menyusu pon tak nak. Mujur dekat hospital, ade nurse tlg redakan, die bagi ubat kebas. ALOCLAIR SPRAY & Cream untuk redakan sakit Sofea. Lepas bagi ubat ni, nurse beritahu akan rasa kebas sikit dan rasa sakit tu kurang. Yezza, mmg betul after 5 minutes Sofea dah mula minta susu sampai tertidur. Alhamdulillah.

14 APRIL 2016

Tag letak dekat kaki, sbb nurse letak dekat tangan, Sofea dah pandai bukak.. :) 

Bangun pagi mood die OK sgt.. Bukak laptop nak tgok ELMO

Lepas mandi, breakfast menangis balik sebab nak menyusu sakit. Bagi makan pun taknak. Then panggi lah nurse bagi ubat. Doktor dtg jugak pagi tu nak cek dan Alhamdulillah ulser dah tak bengkak dan makin kecik.

Baru lepas mengusu, makin bubur dan ni tgh makan apple.

Syukur alhamdulillah masuk hari ke dua dekat hospital byk perubahan. Tak nangis sangat, menyusu pon dah kuat mcm selalu, makan pun ok. The next day dah boleh discharged. Doktor bagi bekalan ubat untuk sambung dekat rumah.

16 APRIL 2016

Dekat kampung Mommy

Discharged dari hospital, kami tak balik rumah tapi terus balik kampung sbb ade projeck baju raya nak settlekan. Even belum puasa lagi. HIHIHI


Kesimpulannya, aku kena lebih alert lagi hal2 atau makanan yang masuk dlm mulut anak. Tahap kebersihan dan lain2. Even dalaman mulut pon kena jage rapi.


Love, 
Aina Ma'at