Jom Buat Duit!!!!

Saturday, 23 July 2016

Raya 2016 ~ Raya Pertama

Salam Sayang..

Amboi nak dekat sebulan baru la sempat nak update pasal raya tahun ni. Tahun ni aku raya #Teamrayarumahmertua #Teamrayapenang #Teamrayapahang #Teamrayasekinchan.. Amboi banyak betul team ko kan?

Tahun ni tahun ke 2 beraya dengan anak #SofeaRos.. Haha.. Aku expect tahun ni senang lah sikit sebab dia dah pandai jalan. Tapi jgn kau nak berangan lah Aina. Budak dah dapat kaki ni lagi letih nak menjaga. Kejar sana, kejar sini. Aku ni sambil beraya sambil marathon la dgn si #SofeaRos ni. Hihi.. Makanan tak sempat nak jadi lemak.

Apa pun hari raya mestilah sambut dengan meriahkan. Tahun ni tema Biru+Pink. Baju pun beli dekat Ampang Park Mall. Mak mertua belanja. Terima Kasih Mommy. Belanja lah tiap2 tahun ya.

Nak bagi diam seminit pun susah..
Kaftan Set by : Sofearos Signature
Family kecil saya
Suruh bergambar je pun.. Gaya menangis mcm kena suruh gosok gigi.. 
Ha mcmni kan bagus..
Akhirnya satu gambar family, yang agak sempurna..
Inilah Pak & Mak Mertua aku..
Sayang sama kelaurga sendiri
Tiga bunga kesayangan Ashraf Amir .. ceewahhh
Dapat capture satu gambar je tengah bersalaman..
Part aku salam takde.. Drama air mata mase tu..
Lepas je salam2 ni.. Terus shoot ke Bentong,Pahang. Kampung Pak mertua. Satu hari beraya di Pahang. Sampai Putrajaya balik almost 9PM. Sgt jam on that day. First raya la katakan. Alhamdulillah, SR sgt behave dalam kereta. Tapi tak berapa nak behave bila turun kereta. Pantang nampak tanah, terus berlari.

Raya pertama ni seronok, kalau beraya rumah saudara mesti juadah sampai tak cukup meja. Macam2 ada. Dari appetizer, main menu & dessert some complete. Makan lah kau sampai kembung. Hihihi.. Macam mana raya korang? Mestilah seronok jugak kan?..

Oklah ini dulu entry raya pertama. Esok kalau free aku share pasal raya kedua pulak. 

Love,
Aina Ma'at

No comments:

Post a Comment