Jom Buat Duit!!!!

Wednesday, 3 August 2016

Last Day Raya 2016 ~ 3 Ogos 2016

Salam Sayang...

Amboi.. Hari2 makan sedap sampai tak sedar harini hari terakhir bulan syawal. Goodbye syawal.. Sempena hari terakhir ni, ade makan2 sikit dekat office. Kami buat sambutan hari raya 2016 sekali dengan anniversary syarikat.

Tema sudah semestinya "TEMA HARI RAYA".. Semua staff kami galakkan memakai baju raya. Tetapi tiada paksaan sebab ade jugak staff kami yang non muslim. Janji semua dapat makan dah happy.


Macam Biasa menu kambing golek ni hidangan wajib. Masa mula kami arrange jamuan, tempah seekor je kambing. Tapi tak cukup wei!! tak sampai setengah jam dah habis. So, tahun ni terus order 3 ekor kambing.. Haa makan la kau sampai lebam..


Jangan di lupa kek anniversary. Setiap tahun2 sebelum ni, anniversary wajib ade kek. dan sudah semestinya tema hijau dan putih. Warna korporat ye.


Aku pun tak pasti kenapa aku pilih gambar ni. Oh ye, mungkin sebab aku nak tunjuk dekat korang betapa sibuknya aku uruskan majlis ni. Kesana kesini mcm mak pengantin.


Pengacara majlis sedang menjalankan tugas. Ini semua AJK yang terlibat untuk majlis hari ini ya. Walaupun majlis kecil, tapi penat jugak lah nak oiiiii!!


Ini bukan tengah pening kepala ya. Ini namanya seni membetulkan jarum tudung. Paling bahaya, tercabut satu jarum, konpem tercabut satu tudung ni. 


Boss aku ni.. Kata pembuka bicara. Tersengih plak kitorg yang dekat belakang tu. Semua pantang nampak camera.


Ucapan dari CEO kami yang segak bergaya. Sentiasa ceria walaupun kadang2 garang kalah singa. Tapi tetap syg.. Amboi.. dah puji ni bonus 5 bulan boleh dah kot.. hahahaha...


Lepas habis berucap, upacara potong kek pulak. So, CEO jemput semua shareholder dan management team untuk potong kek sama-sama.


Sebahagian staff yang kami dpt kumpulkan untuk bergambar. Jarang kami dpt bergambar ramai2 mcmni. Cantik2 pulak tu semua. Hihihi...

Dulu ade berangan nak jadi penyanyi/Pengacara
Juadah paling laris. Mungkin sbb hari terakhir, rmi pulak nak makan kuih raya ni..
Ini pon aku suke..Juadah lain xsempat nak snap pic.. Lapar sgt..
Byk sgt camera, so aku konpius nak pandang yang mana.. Sorryyy..
Nak la jugak merasa potong kek.. Walaupun besday lambat lagi..
Oh ye kalau korang perasan, team kami pakai baju warna coklat. Tone mungkin xsama janji coklat lah.. Hihi.. Harini aku pakai baju kurung moden ber-LACE and kain lipat2..dari Caryazara Official ya.. Aku beli je terus dekat butik dorg.. Dekat seksyen 7, Shah alam.. Tak sempat dah nak beli online..

Ok itulah cerita hari terakhir syawal 2016 aku.. Korang pulak.. Ape cite??

Love,

Aina Ma'at

No comments:

Post a Comment