Jom Buat Duit!!!!

Saturday, 18 February 2017

Alamat & Harga Tiket Farm In The City

Salam Sayang..

Harini ter-Rajin nak update blog.. Hihi.. Nak share sikit pengalaman pergi Zoo Kecik hari tu ataupun orang panggil FARM IN THE CITY. Lama dah cadang nak bawak Sofea, but today baru berkesempatan. Nak bawak Zoo Negara besar sgtlah pulak. Tak larat nak jalan mak buyung ni.. Ye la kandungan dah masuk 7 Bulan. Semput lebih.. Hihihi.. 

Lagipun tempat ni dekat je dengan rumah. Waze je farm in the city inshaAllah sampai ke lokasi yang di bicarakan ini.. Cewahhh.. Alamat & Bayaran aku share dekat bawah nanti

Pintu Masuk

Kaunter tiket dekat bawah laluan tangga ni.. Mase mula2 sampai korang akan nampak dekai souvenir dulu, kena masuk lalu situ then baru nampak pintu gerbang ni. Bawah pintu gerbang ni lah ade kaunter tiket.

Daddy tengok map dulu ye..

Sebelum masuk ke pintu ni, korang dah boleh tengok haiwan2 lain jugak. Dekat luar ni ade ayam, burung, kambing, burung unta. best jugaklah, bagi anak2 explore pegang kambing. Hihihi.. 


Ini gambar kandang kambing sebelum masuk ke kaunter tiket. Layan dulu puas2 baru beli tiket nak tengok haiwan lain. Kambing2 dekat sini, kita dtg dekat je terus dia pergi dekat kita. So, korang boleh pegang dan bagi makan.

Sofea Takut..

Yay!! dah masuk dan lokasi pertama ialah kura2. Ade besar, ade kecik dan korang boleh pegang, belai & bagi makan. Once dah bayar tiket, makanan haiwan pihak sane akan bagi free. Makanan Ikan, Ayam, kura2 semua dorg bagi. Mintak je FOC.

Cucuk2 je ke Daddy.. Ke Daddy takut jugak..Hihi

Tengok fish pulak..

Lega aku bila tengok sofea super excited pergi sini. Rasa berbaloi sgt bila tengok anak happy. Setiap lokasi haiwan ade tempat basuh tangan & sabun. So, after pgg haiwan boleh terus basuh tangan. Kebersihan kena utamakan ya.


Tengah2 panas tetiba ade corner air terjun ni rase sejuk je, tenang je. Korang akan jumpa ini area ayam2, burung dan seangkatan dengannya. Sini pun korang boleh bagi makan direct dekat ayam2 dan burung2. Aku dah try, rasa geli pulak dia patuk2 dekat tangan. Daddy Sofea jugak terror. Hihihi..


Tangga ni sebelah je dengan air terjun mini tadi. Tepi2 ni byk lah burung2 bertenggek dan kalau korg lalu mesti die datang sbb nak makan. So, stanby makanan dekat tangan. 

Sofea: Mommy, Mcm ayam2 dekat rumah nenek je.

Berkeliaran ayam lari kena kejar dengan Sofea. Ayam jek Sofea tak takut.. Hahhaa

Sofea tengah cari ayam lain..


Setiap section dorang akan buat pintu pagar macamni.. Nak make sure semua haiwan berada dekat tempat yang sepatutnya, Tak bercampur. Once korang dah masuk, please make sure tutup balik pintu tu. Kang ade ayam yang terlepas dari kandang. Sofea ni suka pulak bukak2 pintu. Kadang tak habis lagi tengok haiwan, die nak lari2 nak bukak pintu ke next section.

Sesiapa nak mendalami ilmu ayam & burung boleh study jenis2 burung dekat papan info ni ye..

Anak2 ayam

Teringat pulak lagu anaklah ayam.. Hihihi.. Byk kali aku cuba tangkap ini ayam tapi tak dapat2. Licik bebeno nak lepaskan diri. Selalu dekat kg ok je aku tangkap. Maybe ayam dekat sini dah belajar ilmu melepaskan diri kot. 


Amboi suka bebeno.. Bagi pegang melalak2 takut. Siap lari lagi. Bagi makanan pun main campak je sbb takut kena gigit. Sofea.. Sofea...


Gambar ni kali ketiga baru jadik mcmni. kalau tak jerit2 aku. Sebab kali pertama tu die nak patuk kepala aku. Oii jerit la aku.. Rupanya die nak patuk pin dekat tudung then org yang jage tu inform burung ni memang suka benda2 kilat. Tapi yang aku pelik kenapa die nak jugak patuk hidung aku, berkilat ke??? Emmm ko perli aku ke burung sbb hidung aku berminyak dan berkilat.. 

Tak tahu nak gelak ke , nak takut tengok burung ni.. Hahhaha

Korang usiklah mcm mana pun.. Malas betul nak bangun dorg2 ni...

Sampai tertidur Sofea tunggu haiwan ni bangun..


Tak ingat nama burung ni. Tapi session bagi makan pukul 3PM. Korang boleh join jugak bagi makan dekat burung ni. Makanan dorg ikan. Favorite ikan, ikan kembung kot. Hihihi..Aku tengok je, seram pulak nak bagi makan. 

Banyak lagi area aku xsempat nak snap picture and nak share dengan korang. Tapi secara keseluruhan aku puas hatilah bawak sofea pergi sini. Ini introduction sebelum die pergi Zoo yang lagi besar. Tempat pon bersih dan tempat makan pon ok lah. 

Seperti yang aku janjikan, sini aku tepek info pasal tempat ni:


Alamat : Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan.

No Tel : 03-8941 2099

Business Hours : 10:00 am - 6 pm ( Ni standard, tapi korang boleh tengok website or Fb dorg for more details)

Ok lah korang, nak rehat2 kejup ni.. See ya next entry.. 


Love,

Aina Ma'at

No comments:

Post a Comment