Jom Buat Duit!!!!

Friday, 24 February 2017

GULA Cakery, Kota Kemuning Shah Alam

Salam Jumaat..

Hari yang penuh barakah dan hari yang paling seronok bagi yang bekerja sebab esok dah weekend.. Yay!!!

Dah lama rasanya tak share tempat makan yang best kan? Al maklumlah semenjak pregnant ni aku malas sgt nak keluar lunch. Selalu lepak je dekat office dan tapau siap2. Kalau rajin sikit bawak bekal. Cewahhh..

Aku nak cerita pasal "GULA Cakery" ni. Die ni ala2 cafe hipster tapi family konsep. Kebetulan dekat dengan opis, so today aku decide nak try la makan sane. 10 minit je dari office. Korang boleh tengok dekat IG die. Bukak je "GULA Cakery" - view IG je dah rasa lapar.. Hihi.. Bawah ni aku tepek IG die.

Details semua ade tulis dekat description IG

Bila sampai dekat GULA Cakery ni, korang jgn confuse sebab kedai ni ade 2 tingkat. Ground Floor tu tempat class bakery die. Korang kena pg tingkat 1. Tingkat satu ade cafe die. Naik tangga sikit je, jgn malas. Sila exercise sebelum mencekik!!

Depan pintu masuk - Level 1

Naik level 1 ade nampak banner & poster ni depan pintu kedai. Mase mula2 try makan dekat sini, ingatkan kedai baru and mesti tak ramai orang. But silap, tgok banner ni pon tahu GULA Cakery ni mmg dah famous.. Pernah masuk TV3, Harian Metro DLL.

Masuk je kedai, layanan mmg best. Owner ramah, staff semua senyum je. Tempat nampak simple but selesa.

Alahai terliur pulak tgok cupcake ni..

Konsep sini choose menu dan bayar dekat kaunter. After bayar, barulah order korang dorang prepare. Ala2 mcm fast food konsep jgk. Mudah kan? Byk dah cafe buat mcmni.

Decoration table - simple

Surau disediakan ya.. 

Dalam cafe ni ade 2 area, if korang tgok gambar dekat atas, yang ade carpet hijau tu, kena bukak kasut. Kasut2 kena susun la elok2 dekat rak disediakan. Then yang paling best, ade tempat main anak2. So, parent boleh makan dengan tenang.. Hihi..


Ala2 mini playground..

Beratur nak order & pay - Cuci mate dlu tgok dessert..

Double Chocolate Nuttella cake!!

Kalau korang makan sini, aku suggest please la order double chocolate nutella ni.. Confirm tak menyesal. Rasa coklat nutella  dia mmg gempak!! satu slice ni tak cukup rasanya.. Next time nak order sebijik terus bawak balik rumah.


Alamak wei.. bila teringat air ni rasa lega je tekak ni. Baby dlm perut pon tendang2 sebab fresh sgt rasanya. Minum time cuaca panas2, memang terbaik lah.. yang ni Watermelon Lychee Sparker!!! Next time nak order lagi.. 2 Gelas please.. Hehhehe..

Spaghetti Meatball  


Spaghetti ni pon aku suggest jugak. Meatball homemade ya. Memang terbaik. Nampak mcm sikit tapi trust me korang akan kenyang. Puas hati. Aku and wahidah makan menu yang sama. 


Spaghetti Carbonara - Pun sedap!!!!

Mac & Cheese with fries.. Oh.. air tu honey lemon

Bila tengok menu dekat GULA Cakery ni rasa mcm nak order semua je. Tapi sabar, itu semua nafsu. Next time cuba menu lain pulak..

Tak boleh move on tengok ni.. Please help..

Semua kuat makan!!

Oh ya nak share sikit. Dekat sini pun ade promotion, diskaun pun ade jugak taw. Bukan sikit2 diskaun. 15% to 20%. Nak tahu macam mana boleh dpt diskaun?? Meh tengok gambar dekat bawah. Payah lah pulak nak explain satu2.. Hihi

Ladies Day.. Student price..

Birthday!!!!

Nah nak lagi details, aku crop bawah receipt ni untuk panduan korang semua.

Nah, belanja sikit Picture hari jumaat - Sebelum mencekik!!!

Dah tahu location? Dah tengok makanan ape ade dekat GULA Cakery?So, ape tunggu lagi.. Bolehlah beramai2 serbu GULA Cakery. Kebetulan esok gaji dah masuk.. Eh.. hahhaha..

Nanti ade tempat best lagi. Aku update dekat blog ye. TQ


Love,

Aina Ma'at

No comments:

Post a Comment