Jom Buat Duit!!!!

Sunday, 31 August 2014

Diary Of My First Pregnancy ~ Mengandung 3 Bulan

Salam Sayang..

Pejam celik dah 3 bulan pregnant.. Masih takut and berjaga2 lagi sebab 3 bulan ( 12 minggu ) kandungan masih baru & berisiko... Risau sbb pengalaman keguguran yang lepas.. 

Morning sickness makin bertambah teruk.. selera makan pun makin kurang.. Tapi still kuat & paksa jugak makan.. Mengenangkan anak dlm kandungan ni.. Walau banyak muntah, still paksa diri makan.. Even dlm satu hari just mkn buah je, Aina will make sure perut mesti kena isi..

Perubahan pada diri adalah perut semakin menonjol.. perasaan masa ni gembira.. sebab rasa ade teman je dlm perut ni.. Bangun pagi2 usap perut and say morning n malam say goodnite... bertambah semangat nak tempuhi alam pregnant ni..


Aina positifkan diri dan tak nak fikir2 sgt pasal keguguran yang lepas.. Not good for your emosi ya.. hee.. Org pregnant ni kene happy, positif & rehat yang cukup..

So, kepada yang pernah keguguran, sila jgn down & yakin rezeki Allah..

TQ

Wednesday, 13 August 2014

Diary Of My First Pregnancy ~ Check Up di Kajang Plaza Medical Centre (KPMC) Kajang - 8 minggu check up

Salam Sayang..

Entry kali ni aina nak share pengalaman check up di KPMC.. Macam aina beritahu dekat previous entry, Aina buat check up dua hospital iaitu Kerajaan & Swasta..

Susah?? Eh xla.. if check up Kerajaan, mmg kne apply cuti bg yang bekerja.. Swasta buat check up malam pun blh.. So, senang..heee... If Swasta husband blh tgok baby masa scan tu...Siap blh snap2 pic lagi..heee.. Amboi suke sgt ni..

So, malam ni ni First time buat check up di KPMC.. dari rumah dlm 45 mnt jugak la if tak jem.. Sebab pilih KPMC adalah kerana baca review2 yang positive dr ibu2 yang melahirkan disana. Apepun tawakkal saja pada Allah.

Ada tiga doc pakar dekat KPMC iaitu : 

DR. JAMIL B MOHD SHARIF
DR.ANITA RINA  BT ALI
DR MIMI SURIA MOHD TAP

Aina decide pilih Dr Anita.. Seelok-eloknya selagi ade doc perempuan, perlulah didahulukan.. melainkan if betul2 emergency..hee..Aina buat appointment 2 hari awal and masa 8.00 malam. Dr Anita sgt baik and soft spoken.. Byk benda boleh tye dia dan jawapan darinya adalah betul2 terbaik. Sangat puas hati dengan layanan nurse & doctor.

So, tadi Dr.Anita scan la perut aina ni.. Jeng2.. Scan die mmg power.. Sangat jelas baby dalam perut ni.. Siap gerak2 lagi.. hee.. Terharu sgt rasa hati,,amboi aina bahasa novel sgt ni.. Masa ni Aina dah 8 minggu..

8 minggu dah anak mommy ni.. Alhamdulillah..
Masa Dr. Anita scan ni.. Baby gerak2.. agak ssh nak snap ukuran dia.. Cocos selambe je cakap macam mommy die la tu.. Xmo ddk diam.. Heee.. bersukan kot dlm perut tu ye anak?

Bayaran dia pun ok je.. Xla mahal sgt.. Syukur blh claim company.. Setiap org mestilah nak yang terbaik kan?? So, x salah guna duit sikit untuk kepuasan diri..

If masih ade lagi ibu2 yang masih mencari hospital untuk check up or bersalin, boleh try tengok website KPMC.. KPMC bukan di Kajang shj.. Puchong pun ada.. ni website die http://www.kpmc.com.my/  ..

Ok la.. cukup dlu coretan mlm ni.. Nak tido and peluk gambar scan td.. heee... Cocos peluk bantal ye mlm ni.. hahahha...

Tak sabar tunggu next appointment 19 Sept 2014..heeee


Tuesday, 12 August 2014

Diary Of My First Pregnancy ~ Buku Merah Klinik Kerajaan

Salam Sayang..

Buku merah? ok masa dulu mmg ingat buku ni warna merah and aina pun tak pasti kenapa orang panggil buku merah? Walhal warnanya PINK... Emm.. tak pela, warma semua tak penting, yang penting apa function buku ini.. betul x??

Mula2 aina malas nak buat buku ni , akan tetapi selepas mendapat nasihat dari kaum kerabat and sahabat handai, aina gagahi diri jugak buat buku ni.. Even dah set nak check up dekat swasta.. Berlagak betul kan?? hahaha.. gurau2 je nooo..

11 August 2014

Cocos lah yang call and set appointment.. aina sgtla malas masa tu.. sebab tak sedap badan.. everything cocos yang uruskan.. so 11 August 2014, iaitu semalam.. hee.. kami pun pergi Klinik Kerajaan Ibu & Anak ( KK )yang berdekatan dengan rumah.. Mesti yang berdekatan ya kawan2.. Kalau tak mereka nurse2 tak nak terima.. Sebab luar kawasan.. 

Dalam fikiran aina tentang KK adalah :-
1) Kene tunggu lama.
2) Nurse garang, cakap mesti pakai lepas je ( Aina takur sebenarnya, ye la kan baru je gugur, kang tak pasal2 kene sound)..
3) Ramai org and susah nak dapat tempat duduk
4) Dan sebagainya yang negative

Dah cocos paksa pergi kene la ikut, nanti tak ikut cakap, derhaka kepada suami la pulak kan??

BUT
Segalanya berubah apabila sampai di KK, layanan sangat baik dan nurse2 pun ramah.. Satu2 dia bagi penerangan dekat aina... Sangat details dorang check up.. dari la ambil berat, tekanan darah, tinggi and ujian payudara.. So details... Speechless sekejap.. Aina rasa nak minta maaf je dekat nurse2 ni sebab berprasangka buruk,.. heee..

tak lama pun.. dalam satu jam lebey siap dah buku merah.. heee.. Even orang sgt ramai, tapi sgt2 teratur nurse ni bahagi kerja masing2.. So xla sampai kene tunggu berejam.. heee Alhamdulillah..

Gigih edit bubuh putih2 nak tutup IC.. Buruk naw rupenya..
Tujuan aina buat buku merah ni sebab, masa aina keguguran dulu, even pergi swasta, kes2 keguguran dorang akan prefer kita pergi gov hospital.. So lagi bagus kalau ada buku merah ni.. Jadi kita ada rekod dengan kerajaan.. 

Sekarang ni, aina akan follow up dua2 iaitu Kerajaan & Swasta.

Senang je kan nak buat buku merah? u olls datang je, nanti nurse2 akan assist u olls yang first time ni.. Don worry..