Jom Buat Duit!!!!

Thursday, 9 July 2015

Cara Ainalista Berpantang Selepas Bersalin

Salam Sayang..

Hari ni nak share masa Aina berpantang tempoh hari. Berpantang bagi Aina sgt penting ya. Walaupun gugur dulu, still berpantang.. Bezanya masa gugur Aina berpantang 30 Hari dan bersalin 44 hari. Dalam tempoh berpantang ni sebenarnya seronok, walaupun kadang-kadang agak letih ya.

Ye la kena berjaga malam, badan tak selesa, tidur pun kena elok2 je.. Tak boleh kuak lentang macam dulu.. Hihihi.. Berpantang ni tak lah serumit yang disangka.. Tak payah nak jadikan tempoh berpantang ni sesuatu yang complicated sgt.. Bagi Aina, berpantang bukanlah sesuatu yang memudaratkan jika dilakukan secara bersederhana.

Kalau terlalu tight sgt pun, letih oiii.. Dah la penat bersalin, badan sakit2 pun tak hilang lagi. Letih berjaga malam jaga anak lagi.. heeee.. 

Aina berpantang cara traditional dan ade campuran moden sikit. Aina buat apa yang selesa dan yang penting tetap menjaga adab berpantang.. Jom Aina share sikit cara Aina berpantang:

1) STOKIN

Jika pada ketika itu, anda sedang berpantang dan tiba2 terupload gambar tanpa memakai stokin, nescaya bykla nasihat dari pakar2 akan keluar diruangan komen. Hehehe.. Macam tak biasa je kan?

Bagi Aina mmg penting pakai stokin ni, bak kate org tua-tua takut masuk angin then nanti badan jadi sejuk dan menggigil. Silap2 boleh demam tau. Aina memang amalkan pemakaian stokin sejurus lepas bersalin TAPI taklah sampai 24 jam pakai ya..Sebelum sarungkan stokin, Aina sarankan urut2 sikit tapak kaki dgn minyak or jamu ( Biar hangat gitu ). Selalunya Aina akan pakai bila :-

* Selepas Mandi 
* Cuaca Sejuk
* Tidur Malam

Pesanan Aina : Kaki kite pun nak bernafas jugak ya kawan2 sekalian.

2) MANDI

Mandi ketika berpantang pun jaga baik-baik. Bukan boleh sebarangan mandi. lagi air sejuk ya. Semasa berpantang, Aina hanya mandi sehari 2 kali sahaja. Pagi ( Sebelum matahari naik ) dan petang ( sebelum senja).

Air mandi biasanya mak Aina akan sediakan ya. Air rebusan daun2 campur dengan air paip biasa. Yang penting hangat ya airnya.. Hehe.. Air rebusan daun tu mak aina ambil dekat tepi2 rumah saje. Almaklumlah berpantang dekat kampung, memang senang nak cari daun2 itu semua. Antara daun2 yang digunakan di dalam rebusan air ialah Daun kunyit, pandan, Daun jambu batu dan serai. Simple kan?? Daun pun senang nak dapat. Dan yang penting, airnya sangat wangi ya.

Selepas je mandi dengan air rebusan tu, badan terus jadi freshhhhh!!!!! Rasa nak lompat2 sebab segar sangat. Over betul kau ni Aina oii..

3) MINUMAN

"Eh jangan banyak minum air masak tau, nanti luka bawah lambat baik ( jahitan episiotomi), nanti itu lah ini la".. But Aina rasa its depends kepada org jgk la.. Aina mmg minum banyak air kosong semasa pantang, sebab aina breastfeed. Jadi badan memerlukan air yang secukupnya.

Selain itu, Mak aina ade jugak sediakan air special. Orang kampung panggil air kunyit , ibu2 selepas bersalin boleh dah minum seawal 3 hari selepas bersalin. TAPI kena pastikan masa itu bayi anda tiada jaundis. Jus kunyit ni sangat baik kerana ianya untuk mengecutkan rahim.

Sekiranya ada Jaundis, boleh minum selepas bayi sembuh ya. Masa minum air ni, air bayangkan tengah minum jus oren.. hahaha.. Senang je sekiranya ibu2 nak buat sendiri. Meh sini Aina bagi resepi:

RESEPI JUS KUNYIT 

Sumber : Google Image

  • Kunyit Hidup
  • Garam 
  • 5 Gelas Air
  • Asam Keping
  • Gula Melaka

Kunyit hidup dibersihkan kulitnya dan direndam 1 jam dengan sedikit garam untuk membuang getah diluaran. Blend kunyit dengan 5 gelas air. 

Tapis dan masukkan dalam botol kaca. Jika terlalu pekat tambah sedikit air lagi + asam keping + sedikit gula melaka ketul. Simpan dalam fridge. Minum suku cawan setiap pagi dan malam bersama selawat + Al Fatihah.


Amalkan jus ini seminggu 2 kali sahaja sudah mencukupi.

4) MAKANAN

Makanan pula, Aina tidak terlalu cerewet. Apa yang mak sediakan, Aina akan makan dengan gembira. Air tangan mak sendiri memang nikmat ya.

Makanan untuk berpantang elakkan makan yang gatal2 cthnya ikan kembung, makanan laut. Dan jugak makanan yang sejuk & berangin cthnya AIS ( hihi), tembikai, nangka dan seumpamanya.

Jom Aina share makanan berpantang yang di amalkan :-

Breaskfast  

Air panas ( Milo, Kopi O, Horlicks)
Roti Bakar
Biskut 

Lunch 

Nasi Putih
Sup Sayur ( Carrot, sawi)
Ikan bakar, goreng & rebus
Air Suam

*** Menu berlainan setiap hari tapi cara masakan yang sama

Dinner

Dinner lebih kurang macam lunch, cuma Aina akan makan buah-buahan ( Epal, orange ).
Nak tidur Aina akan minum horlicks.

5) BERURUT, BENGKONG, BERTUNGKU

Hamil dan melahirkan sedikit sebanyak mengganggu tubuh badan wanita terutama dalaman wanita ya. Otot2 dan urat saraf semuanya mengembang. Sebab itu berurut , tungku dan berbengkung amat penting.

Dengan berbengkung, ianya dapat mengecutkan rahim yang bengkak dan merapatkan semula faraj yang telah regang dan longgar.

Faedah lain berbengkung ialah :
  • Mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kepada bentuk asal
  • Melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal;
  • Membantu menyokong dan menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung;
  • Menggalakkan postur yang baik, justeru, membantu penyusuan bayi;
  • Memecahkan lemak dan selulit;
  • Mencegah dari makan berlebihan.

Selain bengkung dan rawatan lain yang dilakukan untuk melegakan dan menegangkan kembali otot-otot yang longgar, bertungku juga penting dalam proses mengembalikan kesegaran dan mengecutkan rahim. Bertungku bererti menuam bahagian tertentu badan dengan menggunakan batu atau besi yang dipanaskan (mungkin juga dengan bahan yang lain).

Part yang Aina suke semasa berurut ya. Ade part yang sakit dan paling extreme bile datang geli. Hahhha.. Mengeliat satu badan. Berurut amat penting untuk mengembalikan kedudukan rahim ke tempat asal ya.

5) Pilis & Lulur Herba

Semasa berpantang memang Aina pakai pilis. Antara kelebihan pilis ialah ianya boleh merawat sakit kepala. Ala yang tampal herba dekat dahi tu. Rasa macam berangin je, sedap je rase dekat dahi. Pilis ini pun nenek Aina yang buat ya. Bau die mmg sedap, bau herba yang fresh.

Nenek duduk Kampung Sekinchan, tapi pelanggan yang tempah jamu dari nenek merata tempat ya.. hehhe.. Pilis ini mcm serbuk, so kena bancuh sendiri dan tempek je dekat dahi.

Lulur herba untuk badan pun disediakan oleh nenek tercinta.. Lulur ni nenek buat mcm bola kecik2, jemur.. Masa nak pakai bancuh je 2, 3 bijik dengan air dan lulur satu badan. Paling best pakai selepas mandi. Badan nyaman dan hangat je rasa.

6) Feminine Wash 
Aina bersalin tetap ade luka episiotomi ya. Dan sgt tak selesa. Selepas bersalin , doktor ade bagi ubat cuci warna kuning dan kena pakai selepas mandi ataupun setiap kali cuci luka tu.

Tapi mengikut pengalaman kakak Aina, bila die sapu ubat tu luka lambat baik dan lambat kering. So, die pun suggest Aina pakai satu produk ni, untuk cuci alat sulit. Sebab die pakai selepas bersalin dan hasilnya memang memuaskan.

Luka seminggu je dah kering dan tak sakit dah. And then aliran darah pun baik je. Yang paling best selepas pantang tiada langsung keputihan dan bauan yang kurang enak. Memang sangat2 disarankan bagi ibu2 ya. 

Best sebab bau strawberi
Antara kelebihan SUTRA Feminine Wash ni :
  • Dalaman yang sentiasa muda.
  • Mengetat dan mengecutkan rahim.
  • Meningkatkan rangsangan bersama suami.
  • Memberikan kepuasan kepada pasangan.
  • Mengeratkan hubungan suami isteri.
  • Memudahkan kepuasan untuk para isteri
  • Menghilangkan keputihan, lendir.
  • Memulihkan luka-luka dalam vagina.
  • Menguatkan/ mengecutkan urat saraf rahim.
  • Menyeimbangkan dan mengawal kelembapan vagina.
  • Dirumus khas untuk memberi keselesaan kepada intim wanita.
  • Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.
  • Mengawal keputihan dan lendir berlebihan.
  • Melancarkan perjalanan haid
  • Penyubur kandungan wanita
  • Mengecut dan merawat kembali vagina
  • Untuk semua peringkat usia wanita khasnya si dara yang tidak boleh menggunakan Tongkat Azimat.
  • Menghilangkan kegatalan vagina kerana darah kotor 

Wow!! rasa macam panjang je entry kali ni. Takpe lah kita sama2 share pengalaman dan maklumat kan? sape2 nak share lagi cara berpantang, boleh share diruangan komen ya.

TQ



Sunday, 5 July 2015

Senarai Keperluan Bayi

Salam Sayang..

Entry kali ni khas buat bakal ibu.. especially yang kali pertama nak bergelar ibu, mama, bonda etc. Senarai keperluan barang baby sangat penting ye.. Checklist wajib kena ade.. kena senaraikan semua keperluan baby.. dan yang paling penting jgn sampai membazir and tak pakai pun barang tu..

Perkara tu dah pun terjadi dekat Aina. Memangla kita nak yang terbaik dan kalau boleh barang semua nak sempurna. Beli itu ini, tapi tak pakai pun.. So, make sure ibu2 or bakal ibu buat senarai and kegunaannya ya..

Bagi Aina, before baby lahir kita beli yang betul2 akan dipakai shj. So, kt sini Aina nap share sikit apa barangan dan keperluan baby yang perlu disediakan ya.. Aina mula beli barangan baby #SofeaRos masa 5 bulan usia kandungan, kena ade plan ya. Jom Aina share senarai barang yang Aina sediakan untuk #SofeaRos.

5 Bulan
  • Mitten ( 6 Psg sekali dgn Stokin )
  • Swaddle ( 4 Helai ) - Aina beli yang lebar dan besar, memang sesuai untuk bedung baby.. Beli dekat Bebetoz.
  • Comforter baby ( 1 helai )
  • Baju New born ( 3 Pasang )
6 Bulan 

Masa ni Aina dah tengok2 dan tgk review2 pasal breast pump.. Memang dah set nak fully breastfeed baby.. So, para ibu2 kena decide same ada nak fully breast feed or bag susu formula ya..
  • Tempah set tilam baby sekali dgn bantal dekat kekabu online.. Aina Ambil size cot baby.
  • Beli Baby cot dekat Ikea.
  • Cadar tilam
  • Tuala mandi baby.
7 Bulan
  • Kelambu baby ( yang ni memang perlu, sebab Aina pantang dekat kg. area sawah padi dan konpem byk nyamuk ya )
  • Baju baby ( 3 Pasang ) - tak beli size new born.. beli 3 bulan ke atas.. sebab baby cepat besar.. Kalau beli besar, boleh pakai lama skit.
  • Beli barut kecil.. Beli dlm 4 helai.. sekarang byk jenis dah.. belila ikot kesesuaian ya
8 Bulan
  • Breastpump - PUREEN.. yang ni pon ade kisah tersendri.. will story in the other entry.. Pakai PUREEN ni 2 minggu je then tukar kepada Autumnz..
  • Storage bottle.. beli 2 pek.. Satu pek ade 8 botol
  • Beg untuk breastpump
  • Ice pack 
  • Stokin Aina - Untuk berpantang
  • Set pengurusan uri
  • Tempai sidai baju baby 
  • Toiletries ( Sabun mandi, syampu & span lembut )
  • Make up baby .. hehehe ( Bedak, Losyen)
  • Minyak telon.. ni penting ya 
Masa tgok brg2 ni rase xsabar nak basoh.. heee
Gambar dekat atas belum complete sepenuhnya.. Sbb Aina beli sikit2.. Sama mcm menabung, sikit2 lama2 jadi bukit.. betul kan? Sikit2 beli, nanti lama2 complete la barang baby..

Beli la keperluan bayi anda mengikut kemampuan masing2 dan keperluan ya.. Jangan terlalu taksub sampai tiada simpanan untuk bersalin nanti.. Lagi banyak nak pakai duit..

Ok lah, itu je la kot yang Aina nak share.. Kalau ada siapa2 nak tambah sila kongsi di ruangan komen ya.. Boleh bagi manfaat dekat ibu2 lain pulak..