Jom Buat Duit!!!!

Sunday, 24 July 2016

Raya 2016 ~ Raya Kedua & Ketiga

Salam Sayang..

Harini nak cerita pasal raya ke dua & Ke tiga pulak ya. Ok.. Hari raya kedua aku tak seindah korang kot sbb satu hari beraya atas highway je. Sampai di Penang lebih kurang pukul 4 petang, terus beraya rumah abg kepada Mak mertua. Penang ni family sebelah Mak Mertua. Beraya sampai petang, lepas maghrib baru check in hotel. Raya ke dua, sebuah rumah je sempat singgah.

Sebelum bertolak pagi tu, macam biasalah SR akan buat drama dlu. Bergambar tak mo.. Duduk bwah xmo.. Nak berdukung je.Senget benget dah tudung mommy ni nak oi..

RAYA KEDUA
Lama jugak nak pujuk.. Bagi makanan pun xjalan.. 

Masa ni dah ok.. Siap joget bila dgr lagu..

Letak car seat xsampai setengah jam..Lena terus.

SR tido bagilah pulak peluang, mummy & daddy nak selfie..
OTW TO PENANG.. Wehuuu
Takde gambar beraya rumah sedare.. Sebab badan letih giler. Even jadi Co pilot je, tapi kebaslah jugak punggung ni. Sampai2 rumah sedare terus makan pastu rest kejup.

Check in hotel pukul 9 Malam.. MasyaAllah letih sgt. Ikutkan hati mmg nak terus je baring dekat katil mase tu. Tapi fikir nak kena kemas brg, mandikan anak dlu.. Bla bla bla.. Terus terbantut niat.. Apa2 pun siapkan Sofea dlu, bagi susu semua.. Then tidurkan dia.. Barulah boleh mengemas dgn tenang.

Lena tidur.. Mase ni la aku mengemas, mandi

RAYA KETIGA

Muka ceria bila bangun pagi...SR ni kalau tidur cukup.. Bangun pagi muka mesti berseri2..
Tapi syg keserian xlama.. Sebut nak brush teeth terus berdrama.. 
Tapi dah namanya Sofea.. Jumpa air terus senyap..  dr kecik mmg suka mandi..
Cuti raya pun buat kerja jugak.. Menciiii.. 
Budak ni mmg, kalau suruh bergambar.. muka2 mcmnilah die buat..
Ni kire ok jugaklah.. Tapi muka masam jeruk..
Sampai terduduk nak pujuk bergambar
Family picture.. 3rd raya 2016
Last day dekat Penang.. Pekena Nasi Kandar Line Clear dgn Cendoiiii.. Terbaekkk..
Setakat ni je la cerita raya 2016 aku.. next entry kita cerita pasal lain pulak ye..

Love,

Aina Ma'at

Saturday, 23 July 2016

Raya 2016 ~ Raya Pertama

Salam Sayang..

Amboi nak dekat sebulan baru la sempat nak update pasal raya tahun ni. Tahun ni aku raya #Teamrayarumahmertua #Teamrayapenang #Teamrayapahang #Teamrayasekinchan.. Amboi banyak betul team ko kan?

Tahun ni tahun ke 2 beraya dengan anak #SofeaRos.. Haha.. Aku expect tahun ni senang lah sikit sebab dia dah pandai jalan. Tapi jgn kau nak berangan lah Aina. Budak dah dapat kaki ni lagi letih nak menjaga. Kejar sana, kejar sini. Aku ni sambil beraya sambil marathon la dgn si #SofeaRos ni. Hihi.. Makanan tak sempat nak jadi lemak.

Apa pun hari raya mestilah sambut dengan meriahkan. Tahun ni tema Biru+Pink. Baju pun beli dekat Ampang Park Mall. Mak mertua belanja. Terima Kasih Mommy. Belanja lah tiap2 tahun ya.

Nak bagi diam seminit pun susah..
Kaftan Set by : Sofearos Signature
Family kecil saya
Suruh bergambar je pun.. Gaya menangis mcm kena suruh gosok gigi.. 
Ha mcmni kan bagus..
Akhirnya satu gambar family, yang agak sempurna..
Inilah Pak & Mak Mertua aku..
Sayang sama kelaurga sendiri
Tiga bunga kesayangan Ashraf Amir .. ceewahhh
Dapat capture satu gambar je tengah bersalaman..
Part aku salam takde.. Drama air mata mase tu..
Lepas je salam2 ni.. Terus shoot ke Bentong,Pahang. Kampung Pak mertua. Satu hari beraya di Pahang. Sampai Putrajaya balik almost 9PM. Sgt jam on that day. First raya la katakan. Alhamdulillah, SR sgt behave dalam kereta. Tapi tak berapa nak behave bila turun kereta. Pantang nampak tanah, terus berlari.

Raya pertama ni seronok, kalau beraya rumah saudara mesti juadah sampai tak cukup meja. Macam2 ada. Dari appetizer, main menu & dessert some complete. Makan lah kau sampai kembung. Hihihi.. Macam mana raya korang? Mestilah seronok jugak kan?..

Oklah ini dulu entry raya pertama. Esok kalau free aku share pasal raya kedua pulak. 

Love,
Aina Ma'at